SUA Maklum Gerakan Menyeluruh Daftar Ahli UMNO Sebagai Pemilih

SUA Maklum Gerakan Menyeluruh Daftar Ahli UMNO Sebagai Pemilih

sua

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam pembentangan laporan tahunan, telah memaklumkan bahawa UMNO turut melaksakan gerakan secara menyeluruh di seluruh negara atas tujuan mendaftarkan ahli-ahli UMNO sebagai pemilih lantas memastikan mereka dapat menunaikan tanggungjawab menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Sebelum itu, beliau melaporkan bahawa segala persiapan bagi menjayakan Perhimpunan Agung tahun 20089 telah pun sempurna, yang bermula dari peringkat Cawangan dan Bahagian termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, bersesuaian dengan Peraturan Persidangan dan Perlembagaan UMNO.

Katanya, keseluruhan cawangan yang layak mengadakan persidangan tahunannya, telah menyempurnakan tanggungjawab tersebut.

“Kita telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha memastikan UMNO kekal dan kukuh dengan kedudukan keahlian UMNO sehingga 14 Oktober 2009, ialah 3,478,393 orang melalui bilangan cawangan sebanyak 19,235,” lapor beliau.

Sehubungan itu, Negeri Johor mencatatkan bilangan ahli teramai iaitu seramai 480,637 manakala Bahagian yang mencatat bilangan ahli tertinggi ialah Kemaman, Terengganu dengan ahlinya seramai 41,490 dan Cawangan yang memiliki bilangan ahli tertinggi pula ialah Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah melakukan penambahbaikan dalam pentadbirannya termasuklah pelantikan Setiausaha Kerjanya, Datuk Abdul Rauf Yusoh, mengambil alih tugas Datuk Brig. Jeneral (B) Husainay Hashim pada 27 April 2009 lalu.

“Dengan tersedianya prasarana lengkap di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), di Kampung Janda Baik sememangnya ia diguna sebaiknya dalam menjalankan pelbagai aktiviti secara terancang dan teratur malahan beberapa siri kursus juga telah pun dijalankan.”

Katanya, sejak berakhirnya persidangan UMNO pada Mac lalu, sebanyak 24 kursus UMNO melibatkan beberapa bahagian telah dilaksanakan dan yang terbaru ialah Kursus Perdana UMNO yang berakhir 2 Oktober lalu.

~ oleh silamgemilang di Oktober 15, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: