KEBAKARAN BERPUNCA DARI BAHAN BUANGAN YANG DISIMPAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

DSCN1454DSCN1459DSCN1470DSCN1476DSCN1480DSCN1485DSCN1491DSCN1495

Kebakaran yang berlaku di kawasan Dam Road amat dikesali kerana sikap pemilik yang tidak membuang bahan buangan malahan dilonggok di kawasan kilang yang berpagar. Keadaan ini amat membahayakan kepada orang ramai terutama pemilik-pemilik rumah yang berhampiran dengan kilang tersebut. Berdasarkan tinjauan bahan buangan yang terbakar itu adalah “KARUNG PUTIH” yang terlalu banyak di longgok di kawasan itu sehingga kebakaran itu menyusakan dan membahayakan penduduk kampung.

Kebakaran itu juga amat merungsingkan orang ramai kerana tekanan air yang amat rendah menyebabkan pemilik rumah berhampiran yang terbakar merungut dan sebahagian pula marah kerana terlalu lama untuk mendapatkan bekalan air bagi memadamkan kebakaran itu. Kepakaran Bomba memadam kebakaran walaupun tekanan air rendah akhirnya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ketempat kawasan lain.

Berdasarkan temubual dengan orang ramai, pihak bekalan air perlu membuat tinjauan dan pemantauan setiap minggu di setiap kawasan yang berisiko tinggi mengalami kebakaran.  Pihak yang bertanggungjawab juga perlu berinisiatif menambah pusat air bomba bagi memudahkan pihak bomba memadam kebakaran dengan jayanya.

Berdasarkan tinjauan penganalisis SilamGemilang setiap rumah,kedai,sekolah dan lain-lain perlu menyimpan ALAT PEMADAM API bagi mengawal kebakaran berlaku. Kebanyakan rumah tidak mempunyai alat ini sehingga bila berlaku kebakaran mereka hanya berharap kepada pihak BOMBA. Sudah tiba masanya, pihak NGO mengadakan taklimat kepada setiap isi rumah tentang kepentingan ALAT PEMADAM API bagi mengawal kebakaran dan menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Semasa kejadian YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB bergegas ketempat kejadian walaupun ketika itu sedang memberi taklimat sempena ketibaan Prof. Dr. seramai 33 orang dari Universiti Kebangsaan Malaysia bagi membuat penyelidikan UKM-Proper P188 Silam demi kepentingan rakyat terus meninjau dan melihat sendiri kebakaran yang berlaku.

 

Penganalisis Silam Gemilang

~ oleh silamgemilang di Oktober 2, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: