Penduduk mohon geran tanah

Penduduk mohon geran tanah

 

Oleh HAMDEN RAMLI
utusansabah@utusan.com.my

 

KESI Ompak (kanan) menyerahkan memorandum mengenai permohonan penduduk mendapatkan status hak milik tanah kepada Abdul Mijul Unaini (dua dari kiri) di Pulau Banggi, Sabah, kelmarin.



 

PULAU BANGGI 11 Ogos – Penduduk di enam buah kampung di pulau ini berharap kerajaan akan mempertimbangkan permohonan mereka memperoleh hak milik kekal ke atas tanah bekas skim pertanian yang mereka duduki sejak 20 tahun lalu.

Ketua Kampung Mamang, Kesi Ompak berkata, walaupun tanah itu bukan lagi kawasan pertanian, tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk di enam buah kampung tersebut.

”Kita amat berharap kerajaan dan Jabatan Pertanian khususnya, akan meneliti permohonan ini kerana kami tidak ada tempat lain untuk tinggal.

”Di sinilah kampung halaman kami sejak 20 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai penduduk enam kampung menyerahkan memorandum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Banggi, Abdul Mijul Unaini di sini semalam.

Memorandum tersebut mengandungi rayuan penduduk supaya tanah bekas pertanian itu ditukar milik dan diwartakan sebagai kawasan kampung.

Antara kampung yang terlibat itu adalah Kampung Mamang, Garib, Lakasian, Karosong dan Keligun.

Sementara itu, Abdul Mijul berkata, beliau akan menyerahkan permohonan penduduk itu kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kelulusan tersebut bergantung kepada kajian pihak berkaitan tentang status tanah dan pengusaha yang pernah menyertai skim berkenaan.

”Saya berharap ada penyelesaian dalam hal ini. Mungkin tidak memberikan keseluruhan tanah pertanian berkenaan tetapi memadai kawasan tempat tinggal dan sedikit tanah untuk menyara hidup,” katanya.

~ oleh silamgemilang di Ogos 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: