Kompaun mereka lakukan pembakaran terbuka: Kurup

Kompaun mereka lakukan pembakaran terbuka: Kurup

11th August, 2009KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengenakan kompaun terhadap mereka yang melakukan pembakaran terbuka kerana ia menyumbang kepada tahap kualiti udara yang tidak sihat dan cuaca berjerebu di rantau ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata tindakan itu adalah untuk membendung berlakunya pembakaran terbuka secara berleluasa dan membantu menyelesaikan masalah kualiti udara dan cuaca berjerebu yang melanda seluruh negara sekarang.

Katanya jalan penyelesaian kepada masalah pembakaran terbuka di ladang pertanian akan mengambil masa yang lama kerana ada beberapa peladang yang masih menggunakan pertanian cara lama.

“Antara cara lama itu ialah amalan pembakaran secara terbuka yang kebanyakannya berlaku di Indonesia,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Kebangsaan Menambahbaik Kaedah Untuk Menyepadukan Kembimbangan Berkaitan Biodiversiti dalam Perancangan Hutan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong di sini kelmarin.

Bengkel dua hari itu adalah anjuran Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), the International Tropical Timber Organisation (ITTO) dan FRIM.

Sehubungan itu, Malaysia akan berkerjasama dengan kerajaan Indonesia dari masa ke masa untuk mengurangkan masalah jerebu tersebut, katanya.

Sementara itu, beliau berkata bengkel itu akan memperbaiki kaedah-kaedah pemuliharaan biodiversiti di seluruh negara dengan menggunakan sumber asli secara mapan tetapi pada masa yang sama tidak membahayakan warisan sumber asli negara.

 

~ oleh silamgemilang di Ogos 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: