Atasi tindakan menghasut

Atasi tindakan menghasut

 

Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com.my

 

PUTRAJAYA 11 Ogos – Tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang mencemuh, memperli dan menghina Islam sehingga mewujudkan situasi berbau hasutan kerana undang-undang, sedia ada mencukupi untuk mengatasi masalah itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, peruntukan sedia ada sama ada di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau di bawah mana-mana undang-undang Kanun Keseksaan perlu dilaksanakan bagi tujuan itu.

Beliau berkata, ini bermakna sesiapa yang menyalahi peruntukan undang-undang sedia perlu disiasat dan jika pada pandangan Peguam Negara mereka harus dihadapkan ke muka pengadilan, mereka mesti dihadapkan ke mahkamah.

“Kita sudah mendengar terlalu banyak keluhan, cemuhan berkaitan dengan memperli agama atau mewujudkan situasi hasutan tetapi tidak nampak tindakan setimpal diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa.

“Inilah masanya bagi mereka menjalankan tugas tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Konsep 1Malaysia anjuran kementerian itu dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Rais diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan dalam laman blog baru-baru ini.

Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian ternyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.

Rais berkata, kementeriannya memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri agar tindakan tegas, cepat dan berkesan dilakukan terhadap mereka yang mencemar agama atau membuat pembohongan di Internet.

Mengenai seminar hari ini, beliau berkata, kerajaan akan terus menzahirkan hujah-hujah bernas dan faktor-faktor yang menyakinkan kepada rakyat mengenai gagasan 1Malaysia.

“Kita sedar mereka yang mengkritik dasar gagasan 1Malaysia ini hanya daripada sudut politik kerana mereka lebih terdorong untuk memutarbelitkan gagasan tersebut demi kepentingan mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya menjadikan saluran televisyen dan radio sebagai sumber maklumat tunggal untuk mendapatkan perkembangan terkini wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Beliau juga mahu sekolah, kumpulan-kumpulan sivik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan-jabatan kerajaan melengkapkan diri dengan langkah-langkah pencegahan yang mampu membendung penularan wabak maut itu.

“Ia termasuklah membudayakan pemakaian penutup mulut sebagai langkah permulaan untuk mencegah jangkitan penyakit itu daripada terus merebak,” katanya.

~ oleh silamgemilang di Ogos 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: