PM Minta Nik Aziz Jaga Perasaan Umno Kalau Mahu Kerjasama

PM Minta Nik Aziz Jaga Perasaan Umno Kalau Mahu Kerjasama

<!–

By: Ramjit

–>

 

KOTA BAHARU, 1 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjaga perasaan dan sensitif kepada anggota Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno berkata beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Abdul Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Sabtu.

“Ada peristiwa saya tidak duga… antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Laporan media sebelum ini menyebut Nik Abdul Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun Nik Aziz menafikannya dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat selain beliau turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk “pergi jahanam Umno”.

Najib berkata Nik Abdul Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.

“Buatlah cara baik buatlah cara menghormati orang lain,” katanya.

Najib berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.

Beliau berkata walaupun kedua-dua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.

“Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita (Umno) dalam lane (lorong) kita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.

“Sebab itu kita (Umno) hidup di negara ini tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun,” kata Najib.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Ogos 1, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: