Najib tak sangka Malaysia kalah tipis

Najib tak sangka Malaysia kalah tipis

JEDDAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak menjangkakan Malaysia akan kalah tipis kepada Manchester United dalam perlawanan persahabatan Jelajah Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Kita kalah 3-2. Saya ingat kita kalah 6-0,” katanya berseloroh ketika ditanya mengenai keputusan perlawanan itu pada sidang akhbar selepas beliau menghadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, di sini lewat petang semalam.

Ketika ditanya sama ada beliau terlepas peluang untuk menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi di tanah air, Najib berkata: “Ini (menghadap Raja Abdullah) lebih penting.”
Najib sedang dalam lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi yang berakhir hari ini.

Manchester United kini melakukan siri Jelajah Asia dan Malaysia adalah destinasi pertama persinggahan pasukan bola sepak ternama itu. Kedua-dua pasukan akan beraksi sekali lagi malam esok. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Julai 19, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: