ISA lebih sesuai dikaji semula bukan dihapus: Shafie

ISA lebih sesuai dikaji semula bukan dihapus: Shafie

KULIM: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan dengan suasana dalam negara dan tidak perlu dimansuhkan.

Beliau berkata, akta itu lebih sesuai dikaji semula mengikut perubahan dan keadaan semasa dalam negara untuk memenuhi kehendak perundangan.

Katanya, kerajaan mengambil iktibar keadaan yang berlaku di negara jiran seperti Indonesia yang menghadapi keadaan tidak aman dan Thailand yang sukar membendung masalah dalaman membabitkan rakyatnya.
“Gagasan perundangan yang diubahsuai itu seharusnya dapat membantu negara mengambil tindakan segera bagi membanteras ketidak tenteraman dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Rabu lalu mencadangkan ISA dimansuhkan atau dikaji semula supaya tahanan mendapat hak sewajarnya untuk membela diri.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, perubahan terhadap ISA bagaimanapun hendaklah dapat mengatasi karenah yang membantutkan siasatan dan akhirnya memudaratkan keselamatan negara.

“Saya yakin dan setuju satu reka bentuk perundangan yang tidak semestinya ISA dibuat tetapi ia juga tidak menghalang kita daripada mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap pihak-pihak yang mengganggu gugat keamanan negara,” katanya.

Shafie berkata, negara maju seperti Amerika Syarikat masih menggunakan akta seperti ISA untuk membanteras ancaman yang mengganggu keselamatan dan keamanan dalam negaranya.

Lebih 300 perwakilan bahagian Kulim/Bandar Baharu yang diketuai Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menghadiri mesyuarat sehari itu di sini. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Julai 19, 2009.

Satu Respons to “ISA lebih sesuai dikaji semula bukan dihapus: Shafie”

  1. Benar dan wajar bicara penulis tentang ISA. Kalau tiada ISA malaysia pasti porak peranda….bicara ISA sebagai perosak kebebasan adalah Khilaf dan khalaq bagi orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas kemanan negara bangsa malaysia. Jadi janganlah ada di antara kita menjadi pengkhianat bangsa dan negara dengan menyokong penghapusan ISA. Kalau darah yang mengalir di dalam tubuh merupakan darah perwira jangan sesekali berdetik untuk menolak kebenaran ISA.

    Tapppii……kalau dihati penuh dengan sejuta kejahatan sokonglah penghapusan ISA…….mungkin generasi 3´ke tiga keturunan kita semua merempat dan merintih dibumi sendiri……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: