Tun Abdullah syor kaji mansuh ISA

Tun Abdullah syor kaji mansuh ISA

Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my


SULTAN Abdul Halim Muadzam Shah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepada Tun Abdullah di UUM, Sintok, semalam.

Rangka akta keselamatan lebih mesra hak asasi rakyat

SINTOK: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan wajar mempertimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan digantikan dengan undang-undang lain yang membenarkan penahanan pencegahan dengan mempertahankan hak asasi rakyat.

Abdullah berpendapat Malaysia masih memerlukan mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara, namun tidak harus mengorbankan kebebasan dan hak asasi atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
“Suka atau tidak, ISA sebagai akta dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda memperkasakan demokrasi negara.

“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan harus tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin contoh yang boleh dilaksanakan adalah mengehadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan saja sekali gus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,” katanya berucap pada majlis konvokesyen khas sempena penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Demokrasi) kepada beliau oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Majlis penganugerahan itu disempurnakan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Abdullah turut memuji kesediaan kerajaan mengkaji semula akta itu yang disifatkannya sebagai menampakkan kesedaran mengenai permasalahan yang berlaku.

“ISA memberi kuasa yang besar dan skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

“Sebagai (bekas) Menteri Dalam Negeri, saya sudah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji keberkesanan serta impak ISA… saya berasa terpanggil memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah menafsirkan anugerah yang diterimanya semalam sebagai pengiktirafan komuniti akademik kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau.

Katanya, falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang beliau pelopori.

~ oleh silamgemilang di Julai 18, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: