Pemuda Umno mahu ISA dipinda, bukan dimansuhkan

Pemuda Umno mahu ISA dipinda, bukan dimansuhkan

KULIM: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia lebih suka Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipinda dan bukan dimansuhkan, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, pemansuhan akta itu hanyalah satu pilihan tetapi membuat pindaan supaya tiada ruang bagi pihak-pihak tertentu menyalahgunakan kuasa untuk tujuan politik adalah lebih baik.

“Apa saja akta bagi menggantikan ISA hendaklah bertujuan menjaga keselamatan negara dan menghapuskannya pada masa ini tidak wajar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam mencadangkan kerajaan menghapuskan atau meminda ISA.

Khairy memberi contoh dalam konteks membendung anti-keganasan, ISA masih relevan kerana ada negara yang melaksanakan undang-undang anti keganasan menggunapakai akta yang tiada beza dengan ISA.

Contoh lain ialah mengurangkan tempoh tahanan dari 60 hari kepada 45 atau 30 hari sahaja dan selepas ditahan selama dua tahun, kajian semula yang lebih telus lagi hendaklah dibuat,” katanya.

Mengenai Pemuda Umno, Khairy mahu anggota pergerakan itu supaya lebih fokus ke arah pilihan raya dengan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Katanya, angin perubahan di kalangan rakyat semakin berpihak kepada Barisan Nasional (BN) terutama golongan muda saperti yang ditunjukan mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lalu.

Sementara itu, Khairy bagi pihak Pemuda Umno mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat Indonesia serta mangsa warganegara lain yang terkorban dan tercedera dalam tragedi pengeboman di Ritz Carlton dan JW Marriot di Jakarta semalam.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berwaspada kerana kemungkinan suspek yang melakukan keganasan itu adalah anggota Jemaah Islamiah yang mempunyai keanggotaan di seluruh rantau Asia Tenggara bagi mempastikan ancaman itu tidak merebak ke negara ini. – Bernama

 

~ oleh silamgemilang di Julai 18, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: