Manik Urai Kemenangan Moral Dan Kebangkitan BN Di Kelantan

Manik Urai Kemenangan Moral Dan Kebangkitan BN Di Kelantan

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA KRAI, 14 Julai (Bernama) — Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai memberikan kemenangan moral kepada Barisan Nasional (BN) dan menandakan kebangkitan parti itu di Kelantan.

Pengarah Pilihan raya BN Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata PAS hanya menang tipis kali ini berbanding keputusan pilihan raya umum 2008, dan ia adalah bukti penerimaan rakyat kawasan itu kepada Umno.

“Ia merupakan kemenangan moral kepada BN di mana BN kalah dengan hanya 65 undi majoriti pada pilihan raya kali ini berbanding pada pilihan raya umum lalu ia kalah dengan 1,352 majoriti.

“Kami tampilkan calon terbaik dan kerjasama yang kuat daripada jentera parti yang bertungkus lumus untuk pastikan kemenangan BN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Keputusan pilihan raya kecil DUN Manik Urai memihak kepada PAS yang meraih 5,348 undi berbanding BN 5,283 dengan majoriti 65 undi, iaitu perbezaan hanya 0.61 peratus.

BN menampilkan Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS diwakili Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Mustapa turut melahirkan rasa bangga kerana pilihan raya kecil kali ini merupakan pilihan raya pertama yang berjaya mengurangkan majoriti pembangkang dengan banyak sekali berbanding lima pilihan raya kecil sebelum ini, dan menurutnya BN berjaya memenangi lima daripada sembilan peti undi pada pilihan raya kecil kali ini.

Beliau berkata ia jelas menunjukkan bahawa penduduk Manik Urai kecewa dengan kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak membawa sebarang perubahan dan pembangunan ke kawasan itu.

“Ini memberi satu semangat serta aspirasi baru kepada Umno Kelantan untuk bangkit semula dan berusaha lebih gigih bagi memastikan kemenangan BN dan Umno pada pilihan raya akan datang,” katanya.

“Mereka (pengundi) sudah buat keputusan. Tetapi itu tidak bermakna yang kerajaan persekutuan akan mengabaikan penduduk Manik Urai,” tambahnya.

Mustapa seterusnya melahirkan rasa kesal kerana menurutnya proses demokrasi dicemari oleh tindakan samseng penyokong PAS sehingga mengakibatkan dua anggota Puteri Umno cedera terkena lontaran batu hari ini di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria.

Beliau berharap rakyat Kelantan akan menolak budaya samseng yang cuba diterapkan oleh PAS kerana ia bercanggah dengan ajaran dan kefahaman Islam.

Mengulas antara faktor kekalahan BN, Mustapa berkata ada orang kampung di sini yang didapati terpengaruh bahawa parti Umno menolak Islam, dan undi selain PAS akan dapat dosa.

Katanya ia perlu dijelaskan dengan bersungguh-sungguh oleh ilmuwan Umno kerana apa yang dinyatakan PAS itu adalah tidak benar kerana realitinya PAS adalah sebuah parti politik dan bukan entiti agama.

Mustapa seterusnya berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan calon dan peguam parti untuk memfail petisyen di mahkamah bagi membolehkan pengiraan semula dilakukan.

“Kami akan kumpul bukti kesalahan pihak PAS termasuk masih melakukan kempen semasa hari mengundi dengan mengibarkan bendera pada kenderaan mereka dan ini merupakan satu kesalahan pilihan raya,” katanya.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Julai 15, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: