Rumah PPR akan dijual pada harga subsidi

yb sallehRumah PPR akan dijual pada harga subsidi

NUSAJAYA: Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya pada harga lebih rendah daripada kos sebenar, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha.

Beliau berkata, harga yang akan ditawarkan nanti adalah harga yang sudah disubsidi, iaitu lebih rendah berbanding kos pembinaan setiap unit rumah itu, dan menurutnya tawaran bagi membeli rumah-rumah itu akan mula dibuat pada bulan November ini.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 72,000 unit rumah PPR di seluruh negara, termasuk yang dimiliki kerajaan tempatan, dan Wilayah Persekutuan pula memiliki 44,000 unit rumah itu.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai pembangunan di Nusajaya di pejabat pemaju utama kawasan itu, UEM Land Holdings Bhd, di sini hari ini, Kong berkata, tawaran untuk menjual rumah PPR kepada penyewa itu akan diperluaskan ke negeri-negeri lain selepas Wilayah Persekutuan tidak lama lagi.

Sabtu lalu, Najib mengumumkan 11 perkara yang disifatkan sebagai hadiah untuk rakyat sempena 100 hari beliau memegang tampuk pentadbiran kerajaan, yang antaranya ialah kerajaan akan tawarkan 44,000 unit perumahan rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Kong berkata, 1,500 unit rumah awam berkeluasan 83.6 meter persegi yang akan dibangunkan di sini oleh Syarikat Tujuan Khas akan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Katanya, dimajukan dengan kos RM200 juta dan dibiayai oleh Kementerian Kewangan, perumahan itu nanti akan memberi keutamaan kepada mereka yang bekerja di sekitar kawasan Nusajaya. – Bernama

 

Cetak artikel

~ oleh silamgemilang di Julai 13, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: