Hanya sebilangan kecil kes dera dilaporkan: Pakar

Hanya sebilangan kecil kes dera dilaporkan: Pakar

PETALING JAYA: Hanya satu dalam 10 kes penderaan kanak-kanak dan pembantu rumah dilaporkan kerana sikap acuh tak acuh masyarakat dan juga kerenah birokrasi, menurut pakar.

Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Jabatan Psikiatri Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata kajian menunjukkan nadi sistem keluarga masyarakat moden ialah lebih mengutamakan “peribadi”, menghalang mereka daripada bergaul dengan jiran dan bertanya jika mereka mengesyaki berlaku penderaan.

“Malahan jika mereka pasti yang penderaan berlaku, mereka keberatan untuk membantu kerana bimbang dikatakan cuba mencampuri urusan peribadi jiran mereka,” katanya.
Selain itu, katanya, agensi relevan yang sepatutnya memantau perbuatan penderaan terikat dengan kerenah birokrasi yang secara tidak langsung menghalang orang daripada melaporkan kes seumpama itu.

Sebagai contoh, katanya, didapati polis terlalu “taksub” dengan merekodkan keterangan dan laporan dan tidak cuba menyelesaikan keperluan daripada segi emosi mangsa.

“Ini tidak membantu keadaan kerana orang yang perlukan bantuan patut diberikan sokongan dan pertimbangan sewajarnya daripada disoal bagi tempoh masa yang lama bagi tujuan merekodkan keterangan,” katanya.

Mengenai jumlah kes dera yang semakin meningkat, katanya, terdapat keperluan mendesak untuk melatih kakitangan yang mencukupi untuk mengendalikan kes seumpama itu.

Bagi kes penderaan kanak-kanak misalnya, beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan melatih guru yang dapat mengenal pasti kes seumpama itu di kalangan pelajar mereka dan membantu mereka dengan mengurangkan kerenah birokrasi.

“Guru boleh menjadi mata dan telinga untuk mengenal pasti kes seumpama itu lebih awal supaya tindakan boleh diambil sebelum terlambat,” katanya.

Bagi kes penderaan pembantu rumah, perlu diwujudkan sistem di mana pembantu rumah itu sendiri boleh mendapatkan bantuan secepat mungkin tanpa perlu melalui prosedur rumit, katanya.

Cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk membekalkan nombor telefon dan alamat pegawai tenaga kerja kepada pembantu rumah adalah satu daripada inisiatif itu.

Mengenai begitu banyak pusat jagaan warga tua dan anak yatim yang diwujudkan sekarang, Dr Mohamad Hussain berkata “adalah malang kerana rumah-rumah ini tidak diuruskan oleh kakitangan berkelayakan”.

Katanya, Kementerian Kesihatan sudah meminta input daripada pelbagai pihak dalam merumuskan “Peraturan Kesihatan Mental” yang termasuk apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila menubuhkan pusat jagaan warga tua dan anak yatim.

“Bagaimanapun, amat malang bahawa selepas hampir lapan tahun sekarang sejak peraturan itu disiapkan, namun ia masih belum dilaksanakan oleh kementerian,” kata Dr Mohamad Hussain yang juga adalah seorang daripada pakar yang menganggotai jawatankuasa yang mendraf peraturan itu.

Beliau menggesa kementerian menyegerakan pelaksanaan peraturan itu bagi mengawal operasi pusat jagaan anak yatim dan warga tua yang kini semakin popular terutama di kawasan bandar. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Julai 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: