Zahra mula misi takluk Selat Inggeris

Daripada Zaharah Othman
bhnews@bharian.com.my


ZAHRA dijangka ambil masa kurang 17 jam menakluki Selat Inggeris.

Remaja bakal catat sejarah sebaris Malik, Dr Lee

DOVER (Rabu): Tepat jam 6.07 pagi semalam (waktu London), Zahra Masoumah Abdul Halim, 17, memulakan renangan bersejarah dalam hidupnya untuk merentasi Selat Inggeris.

Beliau diiringi bapanya Abdul Halim Abdul Manaf, jurulatih Mohamad Arof Omar, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin dari Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia serta pemerhati dan pengemudi dari Persekutuan Perenang dan Pengemudi Selat.
Remaja itu yang pada mulanya nampak cemas, kemudian kelihatan tidak sabar memulakan renangan mengikut jejak Datuk Malik Mydin dan Dr Lennard Lee yang pernah mencipta merentasi selat itu sebelum ini.

Zahra memulakan renangannya di Pantai Shakespeare selepas terjun daripada bot yang mengiringinya. Dua ratus meter dari pantai, Zahra berlepas untuk mencipta sejarah peribadi sebaik isyarat dilepaskan daripada bot.

Antara cabaran bagi Zahra semasa renangan sejauh 35 kilometer Selat Inggeris ialah suhu air yang sejuk, walaupun cuaca panas dalam bulan Julai. Arus juga agak kuat di beberapa tempat.

Mohamad Arof berkata, Zahra sebagai seorang perenang jarak sederhana dijangka mengambil masa tidak kurang daripada 17 jam untuk menyelesaikan misinya.

Antara yang datang awal untuk menyokong Zahra ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Rustam Yahaya dan isteri, Datin Musriffah serta Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di London, Encik Nazri Sulaiman.

~ oleh silamgemilang di Julai 2, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: