Pembersihan hutan cara haram dikesan

Pembersihan hutan cara haram dikesan

Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
jalal@bharian.com.my


PENGUAT KUASA Jabatan Perhutanan melihat pokok balak siap ditebang di kawasan berbukit di Hulu Selangor, semalam.

Perbuatan langgar arahan Kerajaan Selangor hakisan, tanah runtuh

HULU SELANGOR: Beberapa pemilik tanah bukit meliputi kawasan seluas 143 hektar bersebelahan Jalan Ulu Yam/Sungai Tua dekat sini, dikesan melakukan kerja pembersihan hutan, termasuk menebang pokok balak tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Perbuatan itu bukan saja melanggar arahan Kerajaan Selangor berhubung pembangunan cerun sensitif, malah dikhuatiri menyebabkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh di bukit yang mencecah ketinggian 541 meter.

Kawasan itu hanya terletak dua kilometer dari lokasi kejadian tanah runtuh menimbus sebuah rumah banglo setingkat di Ulu Yam Perdana yang menyebabkan dua beradik terbunuh pada hujung tahun lalu.
Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata pemeriksaan mendapati pemiliknya membersihkan hutan untuk menanam kelapa sawit dan membina resort.

Kerajaan negeri sebelum ini melarang pembangunan atau kerja pembersihan membabitkan penebangan pokok besar di cerun Kelas 3 (melebihi 25 darjah dan kurang 35 darjah) serta di kawasan tanah mempunyai ketinggian Kelas 3 (300 hingga 1,000 meter), kecuali mendapat kebenaran kerajaan negeri.

“Apa yang kita lihat kawasan dibersihkan ini cerunnya Kelas 3. Jika mereka membersihkannya sedikit mungkin tak apa, tetapi pokok besar turut ditebang.

Nor Hisham Ahmad Dahlan

“Oleh itu, saya akan membawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan syorkan agar Jabatan Alam Sekitar (JAS) menentukan sama ada kerja itu perlu mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Kita menyiasat lanjut dan tindakan boleh diambil mengikut Kanun Tanah Negara,” katanya ditemui selepas membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan di sini, semalam.

Pemeriksaan itu turut disertai pegawai daripada Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Wakil syarikat Sri Sinar Sdn Bhd (Sri Sinar), iaitu pemilik tanah seluas 50 hektar di kawasan itu, turut berada di lokasi berkenaan.

Tinjauan Berita Harian di lokasi itu mendapati kerja menebang pokok masih dilakukan. Longgokan kayu balak juga ditemui tidak jauh dari jalan utama.

Nor Hisham berkata, kawasan itu yang asalnya dimiliki Yayasan Selangor dan diserahkan kepada Shah Alam Properties (SAP) sebelum dijual kepada syarikat tertentu.

Beliau berkata, maklumat diperoleh Jabatan Perhutanan menganggarkan 70 peratus pokok di kawasan itu sudah ditebang.

~ oleh silamgemilang di Julai 2, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: