Penceramah BN diarah jangan sebar fitnah

 
Muda Mohd Noor | Jun 29, 09 5:11pm

 

Semua penceramah BN telah diarahkan supaya jangan menabur fitnah sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, Umno tidak mahu menggunakan pilihanraya sebagai tempat untuk memaki hamun dan menabur fitnah.

ahmad maslanBeliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa BN aktif menjalankan kempen memburukkan Pakatan Rakyat di Manek Urai.

Ketua umum PKR itu juga berkata, BN telah mencemarkan nama baik Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menarik sokongan pengundi

“Tepulang kepada Datuk Seri Anwar nak bercakap apa pun,” katanya ketika dihubungi oleh Malaysiakini hari ini.

Ahmad yang juga timbalan menteri jabatan perdana menteri berkata, Umno akan menggunakan saluran media untuk menyampaikan penerangan kepada pengundi Manek Urai.

Dalam pilihanraya kecil 14 Julai depan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat akan ditentang oleh bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah.

Sasar pegundi atas pagar

bm version kerusi dun manek urai 220509Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kelantan, Annuar Saffian berkata, Pemuda Umno akan menjawab serangan PAS dan Pakatan Rakyat di Manek Urai supaya rakyat tidak terpengaruh dengan pembangkang.

Mengenai peluang Tuan Aziz, ketua Pemuda Umno Kelantan itu berkata, beliau berkeyakinan tinggi calon BN itu akan diterima pengundi.

Katanya, maklumat awal yang diperolehi pengundi atas pagar menyebelahi BN.

Annuar berkata, pihaknya menjangka PAS dan Pakatan akan terus menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia.

“PAS juga akan mempermain-mainkan hukum hudud dan memutarbelitkan mengenai kerajaan perpaduan.

“Memang ini yang berlaku setiap kali pilihanraya di Kelantan di mana pemimpin PAS ” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

~ oleh silamgemilang di Jun 30, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: