Tidak Berlaku “Cah Keting” Pilih Calon BN Manik Urai

 

<!–

By: Ramjit

–>

 

KUALA KRAI, 28 Jun (Bernama) — Dakwaan berlakunya “cah keting” (cantas mencantas) dalam proses pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai seperti dakwaan PAS adalah tidak benar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya pemilihan Tuan Aziz Tuan Mat mendapat sokongan padu setiap anggota Umno terutama di Bahagian Kuala Krai termasuk di peringkat akar umbi.

“Itu anggapan PAS sahaja berlakunya cah keting dan ia tidak pernah berlaku dalam pemilihan sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

“Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon BN itu di Kampung Sok Luar di sini, hari ini.

Tuan Aziz, 39, yang merupakan Ketua Pemuda Umno Kuala Krai diumumkan sebagai calon BN bagi bertanding kerusi pilihan raya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai depan.

PAS sebelum ini mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah, 50, sebagai calon mereka bagi mempertahankan kerusi DUN itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengulangi bahawa Tuan Aziz merupakan calon terbaik BN dan jika menang pada pilihan raya kecil itu, kerajaan pusat akan melaksanakan program pembangunan di kawasan tersebut.

“Kita akan laksana pembangunan tidak kira siapa pun yang menguasainya seperti sekarang walaupun PAS yang menguasainya,” katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting semua pihak dalam Umno dan BN perlu bersatu padu dan bekerja keras untuk menjamin kemenangan.

Katanya BN mempunyai strategi tersendiri bagi menarik sokongan rakyat terhadap BN dan mengulangi bahawa parti itu adalah serius untuk membangunkan kawasan tersebut.

Sementara itu Tuan Aziz berjanji akan membantu membangunkan Manik Urai jika dipilih pengundi untuk mewakili kawasan itu.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu mahu memanfaatkan pengalamannya yang pernah bekerja di sektor swasta dan kerajaan untuk tujuan tersebut.

“Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh,” tambah beliau.

Pilihan raya kecil itu diada berikutan kematian wakil rakyat daripada PAS Ismail Yaakob akibat sakit jantung pada 22 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon manakala 14 Julai sebagai hari pengundian.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Jun 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: