Sabah & Sarawak: RM1b tingkat pengeluaran beras negara PAPAR

Kerajaan akan meluluskan peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan pengeluaran beras negara, khususnya di Sabah dengan menaik taraf kemudahan asas di kawasan Projek Padi Komersial Kota Belud. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata permohonan kerajaan Sabah untuk mendapatkan peruntukan itu bakal diluluskan tidak lama lagi. Beliau berkata, peruntukan itu bagi membina empangan untuk pengairan dan saliran, selain membina jalan ke sawah, menyediakan pam, jentera pembajak dan penanam serta jentuai. Untuk tujuan itu, katanya, kerajaan akan mewujudkan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Aida) di kawasan berkenaan yang fungsinya sama dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kedah. “Projek meningkatkan kemudahan itu akan mengambil tempoh lima tahun untuk disiapkan. Kota Belud adalah daerah utama penanaman padi di Sabah kerana ia adalah kawasan Sub-Program Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara,” katanya.

~ oleh silamgemilang di Jun 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: