Najib Pelawa Obama Melawat Malaysia

 

<!–

By: Ramjit

–>

 

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempelawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk berkunjung ke Malaysia.

Perdana Menteri memanjangkan jemputan itu semasa perbualan telefon beliau dengan Obama pada Jumaat malam.

Dalam laman blognya http://www.1Malaysia.com.my, Najib berkata bahawa semasa lawatan itu, Obama akan dapat melihat sendiri penerapan Islam dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Dalam ucapan beliau kepada dunia Islam di Kaherah baru-baru ini, Obama telah menyatakan bahawa beliau mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif.

Najib dan Obama berbual melalui telefon selama lebih kurang 20 minit dari 9.12 malam pada Jumaat.

“Saya menerangkan kepada beliau bahawa Malaysia berkongsi titik persamaan yang penting dengan Amerika Syarikat. Kita sama-sama percaya kepada ideal dan prinsip demokrasi termasuk kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Saya juga telah bercakap tentang usaha memperkenalkan konsep 1Malaysia dan bagaimana rasa kebersamaan dan kekitaan akan membantu Malaysia melangkah ke hadapan dengan matlamat yang sama,” katanya.

Najib berkata dalam perbualan pertama antara mereka berdua sebagai ketua kerajaan, mereka juga bertukar-tukar ucap selamat atas pelantikan masing-masing.

“Saya telah menyatakan bahawa saya amat berharap dapat bekerja rapat dengan beliau. Presiden Obama dengan mesranya mengakui keupayaan saya untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri berdasarkan latar belakang saya yang luas dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Najib berkata perbualan itu meninggalkan kesan optimis kepada beliau terhadap hubungan dengan Amerika Syarikat.

“Saya mengalu-alukan pembaharuan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Obama dan berharap untuk meneroka jalan penyelesaian dan peluang-peluang yang dapat dimanfaatkan bersama oleh kedua-dua negara dalam jangka masa terdekat ini dan pada masa hadapan.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Jun 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: