‘Melayu di ambang perpecahan’

ALOR SETAR 11 Jun – Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang “kacau bilau”.

Katanya, perpecahan membabitkan orang Melayu juga kian melebar kerana berlaku “kesombongan politik dalam parti, antara parti atau dengan rakyat”

“Sudah sampai masanya parti-parti politik Melayu mencari formula baru untuk mengukuhkan perpaduan Melayu,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Dunia Melayu: Citra KeIslaman dan KeMelayuan di Nusantara pada Wacana Dunia Melayu di sini hari ini.

Wacana dua hari itu bertemakan Citra KeIslaman dan KeMelayuan di Nusantara bermula semalam. Ia dihadiri budayawan dan sasterawan dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina.

Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), berkata pihak tertentu perlu berusaha menggerakkan satu kesedaran baru dalam diri orang Melayu bagi memantapkan ekonomi dan sosial mereka.

“Kepimpinan baru negara memperkenalkan gagasan ‘1Malaysia’ dengan matlamat utama mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. Perpaduan tidak mudah dicapai tanpa menekankan kepada nilai-nilai budaya.

“Keberanian baru orang bukan Melayu akhir-akhir ini sudah tidak terbendung dan penentangan berterusan tanpa tindakan akan hanya membawa kemusnahan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata, seluruh pemimpin dan lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati dasar-dasar nasional khususnya perlembagaan dan Rukun Negara selain faktor geografi dan demografi serta sifat-sifat negara bangsa untuk mencapai impian 1Malaysia. – BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Jun 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: