Sabah bantu atasi tenaga pengajar

Sabah bantu atasi tenaga pengajar
KENINGAU 6 Jun – Kerajaan Sabah akan memperkukuhkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan asas, prasarana tambahan dan tenaga pengajar di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kekurangan tersebut perlu diatasi segera bagi memastikan kualiti pendidikan di Sabah tidak terus ketinggalan berbanding negeri lain.

“Masih terdapat banyak kawasan luar bandar dan pedalaman yang memerlukan perhatian sewajarnya, terutamanya prasarana sokongan, kemudahan pembelajaran dan tenaga pendidik berkualiti.

“Kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi memacu lebih banyak perubahan dan pembaharuan dalam bidang pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Guru kali ke-39 Peringkat Negeri Sabah 2009 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Menengah Ken Hwa di sini semalam.

Turut hadir, Exco Pelajaran Negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh.

Pada majlis itu, tiga bekas guru menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Sabah 2009 iaitu Aminah Musally, 59; Zainal Abidin Laja, 59; dan Allahyarham Datuk Shuhaibun Yussof yang meninggal dunia pada Mac lalu ketika berusia 74 tahun.

Musa berkata, kerajaan negeri meletakkan agenda pembangunan pendidikan sama penting dengan agenda pembangunan lain selaras dengan hala tuju Bajet Sabah 2009.

Bajet tersebut katanya, amat mementingkan pendidikan dan buktinya sebanyak RM188.14 juta diperuntukkan untuk bidang tersebut.

Sementara itu katanya, kejayaan membangunkan bidang pendidikan sebenarnya bukan terletak pada kemudahan prasarana yang cukup sahaja tetapi lebih daripada itu.

“Kejayaan pembangunan pendidikan bukan pada penyediaan prasarana yang canggih atau moden sahaja tetapi kemampuan membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia,” katanya

~ oleh silamgemilang di Jun 7, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: