Nasib mangsa Lapindo tidak menentu

Nasib mangsa Lapindo tidak menentu

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my
 
DERETAN rumah ditenggelami lumpur sedalam enam meter di Lapindo.

——————————————————————————–
 
TANGGAL 29 Mei lalu genaplah tiga tahun derita dialami lebih 8,000 penduduk Lapindo di Surabaya setelah 12 kampung ditenggelami lumpur yang muntah dari perut bumi angkara perbuatan tangan manusia.

Berikutan itu mangsa lumpur Lapindo yang tergabung dalam Gerakan Menuntut Keadilan Korban Lapindo telah mengadakan tunjuk perasaan di Jakarta.

Persoalan yang dibangkitkan daripada termasuk tentang pampasan yang dibayar secara berperingkat-peringkat telah dihentikan dan terdapat juga mangsa yang belum menerima bayaran pampasan.

Akhir tahun lalu sekumpulan mangsa Lapindo yang kecewa telah berkumpulan di kedutaan Belanda bagi meminta suaka politik.

Walaupun mereka sedar tindakan itu tidak akan berhasil, tetapi mereka tetap melaksanakannya demi menarik perhatian pihak berkuasa tentang masalah yang dihadapi mereka.

Mereka bukannya mahu kerakyatan Belanda, tetapi mereka mahu tinggal di kedutaan Belanda kerana tidak mempunyai rumah setelah sewa rumah tidak dibayar oleh syarikat Lapindo.

Akhirnya Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memanggil pimpinan syarikat berada di bawah Kumpulan Bakrie dan mahu perkara itu diselesaikan segera.

Bertanggungjawab

Aburizal Bakrie sebagai ketua keluarga dan rasa bertanggungjawab mendakwa telah mengeluarkan wang sendiri lebih RM150 juta bagi membayar pampasan kepada mangsa.

Mangsa pula mendakwa tidak mendapat bayaran bulan pampasan seperti yang dijanjikan oleh syarikat terbabit.

Sedangkan sebelum ini telah dipersetujui bayaran pampasan dibuat secara ansuran iaitu sebanyak kira-kira RM7,000 sebulan dan sewa rumah mereka ditanggung oleh syarikat berkenaan.

Punca lahar lumpur itu muntah sejak tiga tahun lalu adalah kerana kerja mencari gali minyak di kawasan berkenaan yang gagal menemui minyak mentah tetapi telah menyebabkan muntahnya lumpur tanpa henti.

Setakat ini terdapat dua pendapat mengenai kejadian itu iaitu semburan lumpur Lapindo di Porong, Sidoarjo kerana kerja penggalian dilakukan oleh PT Lapindo Brantas.

Sekumpulan lagi berpendapat luapan lumpur bukan disebabkan oleh penggalian PT Lapindo, tetapi dipicu gempa tektonik yang berpusat di Bantul, Yogyakarta, 27 Mei 2006.

Para peneliti menyatakan bahwa kandungan air dalam lumpur mengandung isotop yang berasal dari batuan di kedalaman 20,000 kaki, sedang penggalian Lapindo baru mencapai 9,000 kaki.

Ketika pelbagai pihak terus membahaskan punca kejadian itu setiap hari kira-kira 100,000 meter padu lumpur terus meluap daripada lubang berkenaan.

Setakat ini kerajaan terpaksa membina tembok bagi menghalang daripada lumpur itu terus menenggelami kawasan yang lebih luas, tetapi kebelakangan ini tempoh yang dibina itu kelihatan semakin tidak selamat dan pada bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Bahan kimia yang terdapat di dalam lumpur itu pula boleh menyebabkan penyakit kulit, kanser, masalah reproduksi dan boleh menyebabkan gangguan limpa dan paru-paru.

Syarikat terbabit pula telah membelanjakan hampir RM200 juta bagi menangani masalah tersebut.

Lumpur berkenaan telah menggenangi 12 kampung dengan ketinggian 6 meter menyebabkan 8,200 penduduk terpaksa dipindahkan.

Masalah Lapindo kini kembali dilupakan oleh media massa dan orang ramai, namun bagi penduduk terbabit mereka tidak pernah jemu memperjuangkan nasib dan hak mereka, walaupun mereka sendiri tidak pasti apakah kesudahan perjuangan mereka itu.

~ oleh silamgemilang di Jun 7, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: