20,000 Dijangka Hadir Majlis Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan

KOTA KINABALU, 3 Jun (Bernama) — Seramai 20,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009 yang akan diadakan di Padang Merdeka di sini Ahad ini.

Menurut kenyataan Unit Media dan Komunikasi Korporat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, majlis itu dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tetamu kehormat ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan isteri Toh Puan Hajah Dayang Masuyah Awang Japar.

Pesta Kaamatan peringkat kebangsaan itu adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan kerajaan Sabah.

Pelbagai acara menarik telah disusun sempena majlis itu termasuk pesta seni dan budaya yang berteraskan kekayaan dengan kepelbagaian tradisi masyarakat Sabah dan Malaysia.

Pesta Kaamatan dirayakan oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut sebagai tanda kesyukuran kerana kejayaan memperoleh hasil tuaian padi yang lumayan.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Jun 3, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: