Mogok Lapar Strategi Pembangkang Gugat Kestabilan Politik – Dr Zambry

Mogok Lapar Strategi Pembangkang Gugat Kestabilan Politik – Dr Zambry
IPOH, 26 Mei (Bernama) — Mogok lapar yang dilancarkan oleh pihak pembangkang adalah satu strategi bagi memastikan kestabilan politik di Perak terus tergugat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata mogok lapar itu juga merupakan antara satu daripada siri taktik pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dunia untuk menggambarkan seolah-olah keadaan politik negeri ini tidak akan tenang.

Katanya matlamat pembangkang hanya satu iaitu untuk mewujudkan suasana yang tidak aman dan stabil di Perak.

“Bermacam-macam helah mereka gunakan termasuk yang terbaru sekali mempergunakan bekas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung supaya menyaman kerajaan negeri.

“Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi muslihat mereka. Biarlah mereka…,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis meraikan anggota veteran Umno di Bangunan Umno Perak di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan mogok lapar pembangkang dan juga penahanan 14 orang yang berarak dari Wisma DAP ke Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Pakatan pembangkang DAP, PKR dan Pas hari ini melancarkan kempen mogok lapar dan puasa sunat 72 jam di Wisma DAP di sini bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Zambry yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata beliau berharap rakyat dapat menilai sikap sebenar pembangkang berikutan tindakan mereka mencetuskan kekecohan.

“Tetapi saya yakin tindakan mereka ini akan kena pada batang hidung mereka sendiri kerana lama-kelamaan rakyat menjadi semakin meluat dengan perangai mereka yang sentiasa menimbulkan kekecohan,” katanya.

Terdahulu, semasa ucapannya Zambry menyeru anggota veteran Umno menggembleng tenaga membantu parti itu memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai semangat perjuangan Umno.

“Anak-anak muda kini semakin lupa jasa-jasa Umno. Justeru kita mesti berbuat sesuatu dan orang lama seperti veteran amat sesuai membimbang mereka ini,” katanya.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Mei 27, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: