VICTORIA UNDUK NGADAU KUNAK

VICTORIA UNDUK NGADAU KUNAK       
Written by Admin    
Sunday, 24 May 2009 23:55 
 

kamatan

Victoria (tengah) Johan Unduk Ngadau, Kunak

Oleh: IBRAHIM TABIR

KUNAK : Kakitangan Hospital Kunak, Victoria Yam, 24, tahun dipilih sebagai ratu ‘Unduk Ngadau’ di Majlis Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak yang diadakan di padang Kampung Kadazan, enam kilometer dari pekan di sini baru-baru ini.

Victoria menewaskan lima peserta lain yang turut bersaing merebut gelaran Unduk Ngadau pada tahun ini. Naib Johan dimenangi oleh Kimberly C. Fay, 20, dan tempat ketiga Aflin Joseph, 21 tahun. Tiga lagi peserta lain menerima hadiah saguhati daripada pihak penganjur.

Dalam ucapan perasmiannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Nilwan Kabang berkata, pesta Kaamatan yang disambut dengan kehadiran dan penglibatan kaum-kaum lain selain etnik Kadazan-Dusun untuk memeriahkan majlis seperti itu menunjukkan semangat muhibbah dan kerjasama dikalangan pelbagai kaum di daerah itu yang meng-implementasi perpaduan sebagai tonggak keharmonian di negeri ini.

Katanya, tema sambutan Kaamatan pada tahun ini ; ‘Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik’ perlu dihayati dengan meneruskan sikap toleransi, bekerjasama, tolong-menolong, menggembleng tenaga dan buah fikiran dalam usaha memartabat dan memelihara warisan tradisi dan kebudayaan agar ia terus berkekalan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengerusi Penganjur sambutan Kaamatan yang juga Pengerusi JKKK Kg.Kadazan, Valentine @ Rangers Sebastian berkata, beliau dan penduduk kampung di situ mengharapkan pihak kerajaan dapat menaiktaraf bangunan balai raya di kampung berkenaan supaya sebarang aktiviti atau program bercorak kebudayaan atau kemasyarakatan dapat diadakan dengan sempurna. Ketika ini, balairaya di kampung itu kelihatan uzur dan memerlukan pembaikan atau penaiktarafan yang perlu.
Turut sama di majlis itu, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Bahagian Pembangunan, Hussien Ibrahim, Pegawai Kemajuan Rakyat , Halid Harun dan Ketua Kampung Kadazan, George Jomol .

Acara lain yang turut diadakan seperti Sugandoi, Magavau, tarik tali, dan pelbagai acara sukan kanak-kanak

~ oleh silamgemilang di Mei 24, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: