Saya Tak Gila Kuasa, Kata Najib

Saya Tak Gila Kuasa, Kata Najib

 

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bukanlah seseorang yang gilakan kuasa hanya untuk mendapatkan kuasa.

“Saya tak gilakan kuasa hanya kerana hendak dapatkan kuasa tetapi saya perlukan kuasa untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan kejayaan pembangunan negara.

“Tapi ada orang yang tak sabar-sabar nak power (berkuasa),” katanya pada Majlis Keraian dan Jasamu Dikenang di Kementerian Kewangan di sini, Rabu.

“Kuasa hanyalah cara untuk mencapai sesuatu dan sesuatu itu adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara,” katanya yang jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang tertentu.

Najib berkata bagi mencapai kedudukannya sekarang beliau tidak menaiki bas ekspres tetapi bas biasa iaitu perjalanan selama 33 tahun dalam karier politiknya.

Najib berkata pengalaman itu menjadikannya bukan sahaja bersedia tetapi insaf dan tawaduk dengan tanggungjawab besar yang digalas.

Beliau berkata sebab itulah beliau memerlukan kerjasama daripada semua untuk menjalankan tugas itu.

Perdana Menteri berkata salah satu ukuran rakyat ialah melihat bagaimana cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Beliau percaya rakyat akan menerima kerajaan sedia ada sekiranya ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Rakyat akan sukakan kita, ahli perniagaan akan sukakan kita, pekebun kecil akan sukakkan kita dan ini akan diterjemahkan kepada sokongan yang lebih kuat kepada kita,” katanya.

Majlis itu diadakan bagi meraikan Najib yang juga Menteri Kewangan, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Chor Chee Heung dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Ia juga bagi mengenang jasa bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Najib berkata pengalaman Nor Mohamed menghadapi krisis kewangan 1997 menjadikannya amat sesuai mengendalikan perancangan ekonomi negara melalui Unit Perancang Ekonomi.

Beliau juga percaya pengalaman Ahmad Husni sebagai Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini dapat membantunya mengendalikan kementerian itu dengan baik.

Bagi Kong pula, Najib berkata beliau (Kong) kini memegang portfolio yang penting dari segi penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Mei 21, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: