Samseng jalanan bukan mat rempit

 

 

Datuk Abdul Aziz Yusof

 

KUALA LUMPUR: Polis mahu istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan dan akan mencadangkan supaya kesalahan itu dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara man-datori.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata gelaran samseng jalanan lebih sesuai digunakan kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain.

“Saya menyeru semua pihak termasuk media supaya tidak lagi menggunakan istilah mat rempit kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya,” katanya pada sidang akhbar di Dataran Merdeka di sini, semalam.

 

Ini adalah pertama kali polis mengadakan sidang media mengenai isu rempit di Dataran Merdeka, yang menjadi lokasi popular kumpulan itu terutama pada malam minggu.

Abdul Aziz berkata, polis juga akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya meminda Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan samseng jalanan dikenakan hukuman penjara mandatori.

“Cadangan itu adalah satu daripada pelan jangka panjang bagi menangani gejala itu yang kini semakin meruncing.

“Sekiranya hukuman penjara mandatori dikenakan, samseng jalanan mungkin berfikir dua kali melakukan kesalahan itu kerana takut masuk penjara,” katanya.

Ketika ini, kesalahan mengikut seksyen itu boleh dihukum maksimum penjara lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 serta lesen memandu digantung dua tahun bagi kesalahan pertama dan sehingga 10 tahun jika kesalahan berulang, tetapi dalam kebanyakan kes pesalah hanya dikenakan denda.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, hukuman penjara mandatori hanya dicadangkan bagi samseng jalanan berumur 18 tahun ke atas, manakala mereka di bawah umur disaran dihantar ke sekolah juvana kerana mereka masih tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Pada sidang akhbar itu, beliau juga memaklumkan 13,000 saman dikeluarkan dalam 689 operasi bersepadu mencegah lumba haram dan jenayah di seluruh negara selama 17 hari sejak 1 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, hampir 50 peratus membabitkan kesalahan memandu tanpa lesen, 589 kes dadah, lima kes mencuri motosikal dan satu kes memiliki senjata api. Polis juga menahan 69 pelumba haram dengan 33 pesalah sudah didakwa di mahkamah, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

~ oleh silamgemilang di Mei 20, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: