Kebajikan rakyat Penanti tidak diabai: Najib

DARI MUKA 1

sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.

“Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain.
“Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu,” katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di sini.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah.

Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata beliau bertindak demikian untuk membersihkan nama daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sudah dinamakan sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Parti Rakyat Malaysia serta bekas Ketua Wanita Keadilan, Aminah Abdullah, menyuarakan hasrat untuk bertanding.

Perdana Menteri berkata, walaupun tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, BN memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti.

Beliau juga percaya pengundi kawasan berkenaan tidak akan kecewa, malah dapat menerima keputusan itu.

Ditanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, Najib berkata: “Tidak… perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti.”

Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bukan yang pertama kerana sebelum ini keputusan

~ oleh silamgemilang di Mei 19, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: