Pemimpin LDP yang dilantik ke kabinet Sabah perlu buktikan kritikan tidak benar

 
KOTA KINABALU: Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, berkata dua pemimpin LDP yang baru dilantik dalam rombakan kecil Kabinet negeri Rabu lalu perlu melaksanakan tugas dengan baik bagi membuktikan kritikan terhadap mereka tidak benar.

Mengulas pendapat umum bahawa Datuk Peter Pang En Yin, yang dinamakan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, dan Pang Yuk Ming, yang dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, masih ‘terlalu muda’ dalam politik, Liew berkata, setiap ahli politik harus melakukan permulaan dan kedua-dua pemimpin itu sendiri adalah usahawan yang sangat berjaya.

“Kita tidak boleh lupa bahawa kedua-dua Yang Berhormat; Peter Pang dan Pang Yuk Ming adalah usahawan yang sangat berjaya dan berpengalaman luas dalam bidang keusahawanan.

 

Mereka mempunyai banyak pengalaman dalam apa jua yang mereka lakukan dan sangat berjaya.

“Saya sudah mendengar ulasan pembangkang berhubung isu ini dan mereka perlu melaksanakan tugas dengan baik bagi membuktikan kritikan terhadap mereka itu tidak benar,” katanya ketika ditanya sama ada beliau yakin kedua-dua pemimpin terbabit boleh melaksanakan tugas dengan baik.

Liew, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bercakap kepada pemberita selepas melawat pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), di sini, hari ini.

Rabu lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengumumkan bahawa Peter Pang, yang juga Naib Presiden LDP dan Menteri Belia dan Sukan Negeri, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Datuk Raymond Tan Shu Kiah manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Merotai, Pang Yuk Ming pula dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Mei 15, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: