Pengenalan petrol RON95 bukti kerajaan serius bantu rakyat

Pengenalan petrol RON95 bukti kerajaan serius bantu rakyat LANGKAH kerajaan memperkenalkan petrol baru RON95 untuk dijual pada harga RM1.75 seliter dan petrol RON92 dimansuhkan mulai 1 September ini, manakala RON97 pula dijadikan produk premium dengan harga dinaikkan 20 sen kepada RM2 seliter, perlu dilihat secara positif berdasarkan keperluan sebenar. Hakikatnya, niat kerajaan adalah baik bagi memastikan orang ramai mendapat bekalan bahan api yang lebih berkualiti dan murah. Misalnya, melalui pengenalan petrol RON95 yang lebih mesra alam, malah sudah diguna pakai secara meluas oleh pengguna kenderaan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun adalah langkah baik bagi pengguna dan kerajaan berikutan pemerolehan kualiti bahan api bersesuaian pada harga lebih murah yang mampu mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Majoriti pengguna kini boleh berjimat 5 sen seliter dengan beralih daripada penggunaan RON97 yang berharga RM1.80 seliter. Ini berita gembira kerana 95 peratus pemandu di negara ini yang kini menggunakan RON97 dan cuma lima peratus saja menggunakan RON92 yang akan ditamatkan jualannya. Oleh itu, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar pengguna, walaupun lima peratus lagi terpaksa meningkatkan perbelanjaan 5 sen seliter untuk bertukar daripada RON92 yang berharga RM1.70 seliter kepada RON95. Malah, pengguna juga tidak perlu bimbang dieksploitasi mana-mana pihak berikutan langkah kerajaan menjadikan RON95 sebagai produk harga tetap yang dikawal seperti diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin. Pelaksanaan penggunaan RON95 adalah usaha berterusan bagi memastikan rakyat mendapat kualiti petrol lebih baik pada harga yang mendapat subsidi kerajaan. Semua jenis kereta boleh menggunakan RON95, termasuk yang berkuasa tinggi. Malah, penggunaan RON95 yang sesuai dengan enjin kenderaan membolehkan pembakaran sempurna dan lebih berkesan, sekali gus menyebabkan kurang pelepasan bahan pencemar ke udara. Namun, kenaikan harga 20 sen bagi RON97 dijangka hanya akan memberi kesan kepada pemilik kereta mewah yang berkapasiti 2000cc ke atas yang mewakili kurang daripada lima peratus jumlah kenderaan di negara ini. Orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan itu kerana mereka mempunyai pilihan menggunakan RON95 yang lebih baik kualitinya dan murah harganya. Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan cadangan kenaikan harga bagi RON97 itu dijadikan isu oleh pihak tertentu, malah sebuah akhbar online milik parti pembangkang semalam, memaparkan berita susulan mengenai pengumuman berkenaan dengan mendakwa kerajaan sengaja mahu naikkan harga minyak yang akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban. Laporan yang tidak memperincikan langkah kerajaan memperkenalkan RON95 itu seolah-olah memberi gambaran harga minyak akan naik secara keseluruhannya. Kita berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan maklumat yang diputar belit seperti itu. Apa yang penting sekarang ialah kerajaan perlu memberi penjelasan secukupnya mengenai kelebihan RON95 dan kenapa petrol RON92 perlu dimansuhkan serta harga RON97 pula dinaikkan. Kita percaya jika rakyat diberikan maklumat dan penerangan yang jelas mengenai langkah kerajaan itu, mereka sudah tentu dapat menerimanya dengan positif.

Advertisements

~ oleh silamgemilang di Mei 14, 2009.

Satu Respons to “Pengenalan petrol RON95 bukti kerajaan serius bantu rakyat”

  1. AKU PERCAYA RON 95=RON 92……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: