Rombak prosedur agih kontrak untuk Kelas F

 

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my

 

Kertas cadangan dikemuka kepada Kabinet dalam sebulan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mahu merombak prosedur pengagihan 10 peratus kontrak oleh kontraktor Kelas A kepada Kontraktor Kelas F bagi mengakhiri segala permasalahan, terutama berkaitan penetapan harga kontrak, skop kerja dan proses pemilihan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor (gambar), berkata beliau akan mengemukakan kertas kerja berhubung perkara itu kepada Kabinet dalam tempoh sebulan sebagai usaha mengelakkan pelaksanaan projek kerajaan terbantut akibat masalah seumpama itu.

 

“Berdasarkan maklum balas daripada kontraktor Kelas A dan F, kita mahu kemas kini jadual kontraktor Kelas F bagi memastikan hanya yang benar-benar aktif disenaraikan selain merumus kaedah pemilihan kontraktor dan mekanisme penetapan harga.

“Walaupun keadaan ekonomi semasa tidak begitu baik, industri pembinaan negara masih berjalan lancar dan Jabatan kerja Raya (JKR) sendiri sudah mengagihkan 13 peratus daripada peruntukan di bawah pakej rangsangan ekonomi kerajaan.

“Kita mahu semua pihak, termasuk kontraktor, rakyat dan kerajaan, mendapat manfaat serta keuntungan daripada penyusunan semula prosedur pengagihan ini,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan kontraktor Kelas F, di sini semalam.

Perjumpaan yang dihadiri 719 kontraktor Kelas F dari seluruh negara itu adalah susulan kepada perjumpaan Shaziman dengan kontraktor Kelas A minggu lalu bagi merungkai masalah sama.

Kata Shaziman, dasar kerajaan mewajibkan 10 peratus projek diperoleh kontraktor Kelas A diagihkan kepada kontraktor Kelas F yang dilaksana sejak 2008 itu mendorong lebih ramai kontraktor terbabit mengikuti latihan pengkhususan kemahiran anjuran CIDB.

Statistik Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sehingga April tahun ini menunjukkan 31,569 kontraktor kelas F yang berdaftar dan daripada jumlah itu, 4,373 kontraktor mendapat agihan kontrak bernilai RM860 juta di bawah skim pengagihan 10 peratus itu.

~ oleh silamgemilang di Mei 6, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: