Tabika Kemas sedia pendidikan berkualiti

Tabika Kemas sedia pendidikan berkualiti
NIBONG TEBAL 3 Mei – Ibu bapa di kawasan luar bandar digesa memulakan pendidikan prasekolah anak mereka di tabika Kemas yang terbukti mampu menyediakan asas pendidikan yang berkualiti, setaraf dengan tabika swasta.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kewujudan tabika Kemas sejak 1970-an berjaya membantu kecemerlangan kanak-kanak prasekolah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar.

Katanya, tabika Kemas sudah melalui evolusi tersendiri melalui penyediaan tenaga pengajar berpengalaman bagi memberi pendidikan asas seperti mengenal huruf, angka, membaca, mengira dan mewarna.

“Malah, kita lihat potensi dan keupayaan kanak-kanak tabika Kemas cukup terserlah sebaik mereka menempuh alam persekolahan yang sebenar.

“Ini menggambarkan kewujudan tabika Kemas sejak lebih empat dekad berjaya melahirkan insan yang berkualiti terutama di kawasan luar bandar,” katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Kemas daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Shamsul Izrin Ishak.
Utusan Malaysia

~ oleh silamgemilang di Mei 5, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: