Rakyat petunjuk utama KPI

Rakyat petunjuk utama KPI
Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my

NAJIB sambil diperhatikan Muhyiddin bersama (dari kiri) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Sidek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Senator Tan Sri Koh Tsu Koon (kanan) ketika berucap pada perhimpunan bulanan agensi JPM, di Putrajaya, semalam.

 

Najib ingatkan penjawat awam beri perkhidmatan terbaik pertingkat prestasi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan penjawat awam bahawa penilaian muktamad petunjuk prestasi utama (KPI) kerajaan ialah apabila rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, KPI yang diperkenalkannya bukan hanya pengukur secara kualitatif atau kuantitatif kepada pencapaian serta apa yang perlu dicapai dalam waktu tertentu, malah bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati rakyat.

 

“Kadang-kadang apabila kita membuat kerja rutin, kita sebenarnya lupa yang menentukan segala-galanya adalah rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan kakitangan agensi Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini semalam.

Najib berucap kali pertama pada perhimpunan bulanan agensi JPM sejak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 3 April lalu. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

Najib berkata, semua jabatan perlu memberikan tumpuan kepada cara menambah petunjuk kepada kepuasan hati rakyat dalam perkhidmatan.

“Kita boleh selesaikan masalah, penjawat awam yang produktif dan selebih itu saya tekankan pendekatan yang lebih inovatif dan kreatif dalam mengorak langkah jadikan Malaysia negara berjaya pada abad ke-21,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pendekatan inovatif dan kreatif bukan saja membabitkan penyelidikan dan pembangunan, malah boleh dilaksanakan dalam pentadbiran awam dan swasta seperti kaedah penyelesaian masalah dan proses kerja.

“Apabila ada adunan inovatif dan kreativiti, maka kita dapat lonjakan berganda dari segi pencapaian negara, bukan saja peningkatan dalam prestasi,” katanya.

Beliau juga berkata, penerapan budaya inovatif dan kreatif perlu bermula pada alam persekolahan dan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sedang mengkaji perkara itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, hubungan pentadbir dengan penjawat awam perlu berasaskan kepada ‘wa’ad’ dan ‘bai’ah’ yang menggambarkan satu ikat janji, tautan persetiaan dan komitmen padu antara kedua-dua pihak.

Beliau berkata, hubungan itu pula bukan bersifat sehala, iaitu penjawat awam hanya menerima arahan kerana anggota pentadbiran juga bertanggungjawab memastikan kebajikan mereka.

“Atas bahu pentadbiran juga ada tanggungjawab untuk menjaga (supaya) penjawat awam mendapat kepuasan bekerja, skim perkhidmatan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dan menentukan latihan serta pembangunan kerja dilakukan secara tersusun,” katanya.

Perdana Menteri berkata, hubungan diasaskan kepada faktor itu mendorong penjawat awam melakukan tugas dengan penuh komitmen dan kesetiaan tidak berbelah bahagi.

“Akhirnya kerajaan akan dapat memberi kepuasan kepada rakyat… rakyat yang puas hati dengan kerajaan ialah rakyat yang akan terus bersama-sama dengan kerajaan,” katanya.

~ oleh silamgemilang di Mei 5, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: