Lelaki ada tanda virus influenza A H1N1 dimasukkan ke hospital Sarawak

Lelaki ada tanda virus influenza A H1N1 dimasukkan ke hospital Sarawak
KUCHING: Seorang rakyat tempatan yang baru kembali dari lawatan ke Amerika Syarikat (AS) dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga kerana mempunyai tanda yang menyamai virus influenza A H1N1.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ramlee Rahmat, berkata lelaki berusia 31 tahun itu menghidap batuk, demam dan selesema apabila dia pulang ke Sarawak pada 1 Mei lalu, dan contoh sudah diambil daripada tekaknya untuk dikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Kuala Lumpur.

“Kita ingin tahu jenis sebenar virus dari dalam badannya, dan keputusan itu dijangka diketahui petang atau malam ini,” katanya selepas merasmikan satu seminar mengenai kesihatan di bandar raya yang dihadiri pegawai dari negara-negara Asean.

 

Dr Ramlee berkata, pengumuman mengenai kajian terhadap sampel yang diambil daripada lelaki itu akan dibuat sama ada oleh Menteri Kesihatan atau Ketua Pengarah Kesihatan.

Sebelum ini, dua kes sama, masing-masing satu di Pulau Pinang dan di Selangor, disahkan sebagai negatif.

Dalam ucapannya pula, Dr Ramlee berkata, Malaysia masih bebas daripada serangan influenza A H1N1 berikutan langkah proaktif kerajaan menyekat ia daripada merebak di negara ini.

“Kita ada kemudahan mengesannya, tak perlu bimbang,” katanya. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Mei 5, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: