Tingkatkan sistem penyampaian

 

Oleh ALFEY CHESTER
 
MUSA Aman menandatangani plak pelancaran bangunan baru Majlis Daerah Semporna sambil disaksikan oleh Nasir Sakaran (kanan) dan Hajiji Noor (tiga dari kanan) pada majlis perasmian bangunan tersebut di Semporna, kelmarin.

——————————————————————————–
 
SEMPORNA 3 Mei – Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta meningkatkan sistem penyampaian dan mengurangkan kerenah birokrasi bagi membolehkan semua projek pembangunan siap mengikut jadual.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ketidakcekapan dan ketidaktelusan PBT hanya akan merugikan rakyat sekali gus membantutkan usaha kerajaan membangunkan negeri.

“PBT selaku agensi barisan hadapan bagi pihak kerajaan harus memainkan peranan dengan memastikan setiap perancangan dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

“Projek pembangunan hendaklah dijalankan tanpa kelewatan, kerenah birokrasi harus dikurangkan terutama dalam perkara yang memerlukan kelulusan PBT,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan Majlis Daerah Semporna, di sini semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor.

Musa berkata, sekiranya PBT tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya, banyak masalah akan timbul dan kerajaan akan dipersalahkan atas kegagalan atau kelewatan sesuatu projek.

Dalam pada itu, katanya, di bawah Koridor Pembangunan Sabah, daerah ini akan dibangunkan sebagai hab industri marin dan juga destinasi pelancongan utama berdasarkan kepada potensinya.

Hasrat itu, katanya, akan disokong oleh Kerajaan Pusat melalui bantuan kewangan supaya semua potensi yang ada dapat diketengahkan.

Sementara itu, Musa menyeru semua pemimpin dan penjawat awam di negeri ini menghayati sepenuhnya konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kegagalan menterjemahkan konsep itu akan menjejaskan usaha pembangunan seterusnya mencerminkan persepsi negatif terhadap imej dan kewibawaan pemimpin, sektor awam dan kerajaan secara keseluruhannya.

“Konsep ini adalah satu iltizam dan komitmen yang menekankan agar pencapaian prestasi perkhidmatan dan pembangunan kepada rakyat diukur menerusi mekanisme Petunjuk Utama Prestasi (KPI) bagi memastikan usaha pembangunan masyarakat dan negara dapat dicapai,” ujarnya

~ oleh silamgemilang di Mei 4, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: