KBS perkenal Satu Belia

 

 

AHMAD Shabery Cheek bersama peserta Ekspedisi Generasi Bebas Jenayah selepas majlis pelancaran Hari dan Minggu Belia Negara di pekarangan Stadium Utama di Kangar, semalam. – UTUSAN/MOHD. FAIZAL ABU HASSAN



 

KANGAR 3 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan konsep Satu Belia bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan gagasan Satu Malaysia.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan belia perlu disemai dengan semangat dan perasaan sama ke arah menjayakan gagasan yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pegawai KBS dan Majlis Belia Negara berhubung program dan kaedah yang perlu dijalankan bagi menjayakan konsep tersebut.

‘‘Konsep Satu Malaysia tidak akan dapat dibina dalam tempoh yang singkat sekiranya golongan belia di negara ini yang berjumlah kira-kira 12 juta daripada 27 juta penduduk negara tidak disatukan.

‘‘Konsep Satu Belia perlu dipupuk dari peringkat sekolah bagi menyatukan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan sambutan Hari dan Minggu Belia Negara peringkat Kebangsaan 2009 di pekarangan Stadium Utama Kangar.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tema hari dan minggu belia tahun ini ialah Satu Belia; Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan.

Pelbagai program diadakan sempena majlis itu termasuk aktiviti lasak, kursus, kebudayaan, sukan dan pameran.

Ahmad Shabery memberitahu, untuk tujuan itu juga KBS akan menjalankan program bagi menggalakkan belia agar menceburi aktiviti berpersatuan yang akan diberi ‘nafas’ baru.

‘‘Kini terdapat kira-kira 200,000 belia yang terlibat dengan aktiviti persatuan di seluruh negara iaitu membabitkan kira-kira 4,000 persatuan.

‘‘Ini merupakan jumlah yang sedikit berbanding jumlah belia yang ada di negara ini. Oleh itu, KBS akan mengenal pasti kaedah yang boleh menggalakkan mereka berpersatuan,” jelasnya.

Menurutnya, penglibatan belia dalam persatuan dapat mendedahkan golongan itu dengan pelbagai maklumat baru, peluang pekerjaan, pembinaan jaringan hubungan dan pelbagai perkara berfaedah.

~ oleh silamgemilang di Mei 4, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: