Kempen BN berhemah

Oleh Ahmad Naim Tahir
bhnews@bharian.com.my


ABDULLAH melihat model projek Puncak Baru yang akan dibangunkan di tapak Pasar Minggu Kampung Baru, di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Zulhasnan dan SM Nasarudin.

Penyokong, calon tidak amal politik tuduh menuduh: PM

KUALA LUMPUR: Kempen Barisan Nasional (BN) bagi tiga pilihan raya kecil 7 April ini di Perak, Kedah dan Sarawak berintipatikan keikhlasan untuk membangunkan negara demi kepentingan rakyat, bukannya politik tuduh menuduh, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, corak kempen BN sentiasa berlandaskan amalan politik yang baik tanpa perlu mengikut rentak pembangkang yang lebih gemar melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin kerajaan.

“Kita memang tak setuju langsung dengan cara (pembangkang) itu, tapi mereka nak buat juga… yang penting kita kena buktikan kebaikan kita, kesungguhan dan keikhlasan bahawa kita mahu membangunkan negara untuk rakyat.

“Tuduh menuduh dalam politik akan berlaku, tetapi kita (BN) tak bersetuju langsung,” katanya pada sidang media selepas melancarkan projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak Pasar Minggu Kampung Baru di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan penyokong pembangkang pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang kelmarin yang terus membuat pelbagai tuduhan terhadap beberapa pemimpin negara, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdullah berkata, serangan terhadap peribadi pemimpin BN dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas memang sentiasa menjadi strategi kempen pembangkang yang ketandusan isu untuk menghadapi pilihan raya kecil.

“Saya sendiri tak pernah amalkan perkara ini (tuduh menuduh), bukan nak puji diri, tapi memang saya tak pernah amalkan. Ini bukan caranya (berpolitik). Jadi, saya harap dalam kempen elakkan apa yang tidak baik, tuduhan tak elok.

“Rakyat akan tahu, pihak ini main (isu) apa, yang itu cakap apa. Takkan rakyat tak boleh tentukan (mana yang terbaik), takkan rakyat tak faham,” katanya.

Sementara itu, Abdullah berkata, penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku bila tiba masanya dan meminta semua pihak bersabar menunggu proses berkenaan.

“Tunggu sajalah… jangan minta saya cakap apa-apa sekarang, tunggu dan sabar,” kata Perdana Menteri yang melepaskan jawatan Presiden Umno kepada Najib pada perhimpunan agung parti itu, minggu lalu.

~ oleh silamgemilang di Mac 31, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: