Ganesan azam jalan kaki 10km setiap hari temui pengundi


GANESAN memulakan kempen untuk meraih sokongan daripada pengundi dengan berjoging seawal pagi di kawasan perumahan Jalan Cinta Sayang di Sungai Petani, semalam.

CALON Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S Ganesan yang memulakan kempennya sebaik selesai proses penamaan calon, kelmarin, berazam berjalan lebih 10 kilometer (km) setiap hari untuk bertemu setiap pengundi dengan berkunjung rumah ke rumah.

Katanya, sepanjang sembilan hari berkempen beliau perlu berjalan lebih 100km bagi menemui semua pengundi di taman perumahan, kampung dan ladang yang ada dalam kawasan DUN Bukit Selambau.

“Berkempen dengan cara berjalan kaki amat baik kerana selain dapat menemui semua pengundi daripada pelbagai kaum dengan lebih dekat, ia juga menyihatkan badan. Saya berazam berjalan 10km setiap hari tidak kira siang atau malam.

“Ketika berkempen, saya juga berharap dapat menemui seberapa ramai pengundi mungkin bagi menerangkan dasar kerajaan di samping mengetahui segala masalah serta meminta mereka memberi sokongan padu kepada BN.

“Selepas dua hari berkempen, maklum balas yang diterima daripada pengundi amat baik sekali dan saya lebih bersemangat untuk bertemu pengundi,” katanya di sini, semalam.

Semalam, seawal jam 7 pagi, Ganesan yang berjoging di Cinta Sayang Resort di sini, turut mengambil peluang beramah mesra dengan pengundi yang beriadah di situ sambil mengedarkan risalah BN.

Ganesan berkata, beliau juga tidak gentar menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas kerana yakin pengundi Bukit Selambau tetap memberi sokongan kepada BN yang banyak membawa perubahan kepada kawasan berkenaan.

“Saya yakin minda dan pemikiran penduduk Bukit Selambau kini sudah berubah dan mereka boleh menilai prestasi calon pembangkang dipilih pada pilihan raya umum lalu yang gagal membawa sebarang perubahan kepada kehidupan mereka,” katanya.

 

~ oleh silamgemilang di Mac 31, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: