Tiga Naib Presiden ikrar bantu Najib perkukuh Umno

Tiga Naib Presiden ikrar bantu Najib perkukuh Umno


DARI kiri, Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie mengaminkan doa selepas diumumkan sebagai Naib Presiden Umno.

Janji tetap setia, anggap gandingan kepemimpinan baru terbaik dalam sejarah

KUALA LUMPUR: Tiga Naib Presiden Umno yang baru berjanji memberi kerjasama penuh kepada gandingan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu usaha membawa perubahan dalam parti serta terus memperkuat dan memajukan Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan itu yang menyusul sehari selepas beliau dan isteri, Hamidah Khamis meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-31, menyifatkannya sebagai hadiah paling berharga dalam karier politiknya.

Sambil menyifatkan barisan kepemimpinan parti yang diterajui Najib antara yang terbaik dalam sejarah Umno, beliau berharap pemimpin yang dipilih oleh perwakilan akan tetap setia berada di belakang pemimpin nombor satu parti itu.

“Saya dapat melihat akar umbi mula mencalonkan ramai pemimpin muda dan muka baru. Umno juga perlu berubah selaras perubahan itu bagi memastikan parti terus berkuasa. Mudah-mudahan saya dapat menjalankan tanggungjawab diamanahkan ini,” katanya.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang meraih undi kedua tertinggi, berkata beliau sudah bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu dan berjanji memberi kerjasama penuh kepada dua rakan sejawat.

“Tanggungjawab saya sudah bermula dan saya berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Presiden Umno dan kepemim- pinan parti. Saya percaya dan yakin kita semua boleh bekerjasama dalam satu pasukan untuk terus memajukan Umno,” katanya.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melakar sejarah peribadi sebagai Naib Presiden pertama dari Sabah berikrar meletakkan usaha memperkuatkan parti dengan memenuhi keperluan ahli dan rakyat.

“Saya akan tunaikan kepercayaan perwakilan untuk memperjuangkan Umno sebagai parti yang bukan saja terbuka kepada rakyat Semenanjung tetapi juga Sabah. Pencapaian ini membuktikan tohmahan dilemparkan pembangkang bahawa rakyat Sabah diketepi, dipinggir dan dianaktirikan adalah tidak benar.

“Keputusan ini menunjukkan satu perakuan perwakilan yang ingin melihat parti politik ini dapat memperkukuhkan perpaduan rakyat,” kata Ketua Umno Bahagian Semporna itu sambil menambah pemilihannya juga menandakan perwakilan Umno menghargai sumbangan Umno Sabah.

Beliau menganggap gandingan Naib Presiden kali ini yang mempunyai latar belakang pelbagai seperti berpengalaman dalam bidang agama, kepakaran perundangan dan ahli ekonomi dapat memberi sumbangan berkesan untuk memperkukuhkan parti.

~ oleh silamgemilang di Mac 27, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: