TIGA KETUA SAYAP BARU

Tiga ketua sayap baru


DARI kiri, Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Shahrizat, Khairy, Rosnah pikul tanggungjawab berat tentu hala tuju Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masing-masing menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan ketiga-tiga sayap Umno itu, malam tadi.

Shahrizat memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Tan Sri Rafidah Aziz yang mendapat 280 undi, manakala Khairy memperoleh 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232). Rosnah pula mendapat 245 undi mengalahkan lima calon lain.

Kerusi Naib Ketua Pemuda dimenangi Datuk Razali Ibrahim yang mendapat 417 undi, menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican (373), manakala Shahanim Mohamad Yusoff mendapat 353 undi untuk jawatan Naib Ketua Puteri, menewaskan empat lagi calon.

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam.

Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.

Napsiah sebelum itu mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala Naib Ketua Wanita Umno juga dimenangi tanpa bertanding oleh Exco pergerakan itu, Datuk Kamalia Ibrahim.

Pengerusi Tetap Pemuda dimenangi semula Abdul Fattah dengan 460 undi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Muhammad Yadzan Mohammad mendapat 202 undi.

Exco baru Pemuda dibarisi Mohamed Suffian Awang yang mendapat 657 undi, Shafiqurrahman Shamsuddin (569 undi), Sohaimi Shahadan (541 undi), Mohd Gasing Saling (534 undi), Mohd Afandi Yusoff (503 undi), Jamawi Jaafar (471 undi), Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi), Ahmad Darus (446 undi), Ahmad Zaki Zahid (446 undi), Ali Mazat Salleh (437 undi), Megat Zulkarnain (436 undi), Zuber Zabidi (419 undi), Nazir Hussin Akhtar Hussin (410 undi), Lokman Noor Adam (406 undi), Syahrin Md Jamaluddin (404 undi), Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi), Muhammad Khairun Aseh (389 undi), Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi) dan Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi).

Jawatan Exco Wanita pula dimenangi Hasnah Salam yang mendapat 520 undi, Datuk Maznah Abd Hamid (509), Datuk Rosni Zahari (480), Datuk Armani Mahirudin (463), Datuk Norhayati Onn (463), Datuk Norhayati Omar (432), Datuk Rusnah Kasim (430), Marlia Abd Latiff (416) Noriah Mahat (412), Ros Suryati Alang (405), Datuk Jamelah A Bakar (400), Suraya Yaacob (388), Azihani Ali (385), Norliza Abdul Rahim (377), Sharifah Azizah Syed Zain (375), Datuk Maznah Mazlan (374), Datuk Azizah Mohd Dum (371), Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367), Norliza Ahmad (347) dan Wan Hazani Wan Mohd Nor (344).

Barisan Exco Puteri antaranya Mas Ermieyati Samsudin (604 undi), Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir (510 undi), Zahida Zarik Khan 501 undi, Asmaiza Aahmad (498 undi), Norhasmizah Mat Tahir (482 undi), Fahariyah Md Nordin (474 undi), Wan Salwati Abdullah (465 undi), Maimunah Sidek (453 undi), Isfarina Mohd Ali (444 undi), Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi) dan Norsabrina Mohd Noor (426 undi).

~ oleh silamgemilang di Mac 26, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: