Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama

Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan Umno supaya tidak mengamalkan fahaman ekstremis kaum dan agama dalam melaksanakan tanggungjawabnya membela nasib Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Umno jangan sekali-sekali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warganegara hendaklah sentiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang terakhir sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Dalam ucapan bertema “Masa Depan Dan Survival Parti”, Abdullah berkata rakyat negara ini telah lama bersetuju untuk menyuburkan semangat “yang berat sama dipikul, yang ringan itu sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

“Berusahalah!Berusahalah!Berusahalah! mencari titik pertemuan, menyemarakkan nilai persamaan. Jauhkanlah!Jauhkanlah!Jauhkanlah! daripada mengungkit perbezaan dan memperbesarkan kelainan,” katanya.

Presiden Umno itu berkata beliau amat menghargai peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Selama 52 tahun, katanya negara telah menghadapi pelbagai cabaran dan cekal bersatu menghadapi pelbagai kemelut sehingga menjadikan ia sebuah negara yang berdaulat dan makmur.

Beliau berkata negara sedang menghadapi tanggungjawab yang amat berat untuk meringankan rakyat daripada kesusahan yang berpunca daripada krisis ekonomi yang paling menakutkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Menurut Abdullah, keistimewaan luar biasa yang menjadi tunjang kekuatan Umno adalah kejayaannya merintis dan mewujudkan formula kerjasama antara kaum yang benar-benar bermakna.

Ia bermula dengan kerjasama Umno-MCA, diikuti dengan MIC untuk menubuhkan Perikatan sebelum ia dikembangkan menjadi Barisan Nasional, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, percubaan mewujudkan kerjasama antara kaum sebagaimana yang dilakukan oleh Umno itu turut dilaksanakan di antaranya melalui Independence of Malaya Party (IMP), Parti Negara, Parti Rakyat dan Parti Buruh, tetapi kesemuanya menemui kegagalan.

“Hari ini peniruan formula kerjasama hak cipta kejayaan Umno atau salinan foto yang paling hampir adalah usaha yang sedang ditiru oleh pakatan pembangkang yang sedang berbulan madu, tetapi jiran-jiran memberitahu, sudahpun terdengar bibit-bibit perselisihan,” katanya.

— BERNAMA

~ oleh silamgemilang di Mac 26, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: