Malaysia akan terus perangi ketidakadilan: Najib

Malaysia akan terus perangi ketidakadilan: Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memerangi sebarang ketidakadilan terhadap kemanusiaan, khususnya membabitkan rakyat Palestin sekarang dengan apa juga cara yang termampu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia harus menegakkan prinsip keadilan itu untuk semua tanpa mengambil kira agama mahupun kumpulan etnik.

“Rakyat Palestin layak dan patut mendapat hak keadilan. Adalah tidak wajar kita sebut tentang prinsip kemanusiaan dan keadilan kalaulah prinsip keadilan dan kemanusiaan ini hanya dirasai sebahagian rakyat dunia dan sebahagian lain tidak merasainya.

“Soal keadilan bukan hak mana-mana kelompok manusia. Ia adalah hak semua rakyat, semua manusia di mana saja tidak kira agama, tidak kira kumpulan etnik atau apa-apa pertimbangan,” katanya berucap melancarkan Pameran Pembunuhan di Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini sempena Perhimpunan Agung Umno.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Malaysia mesti menunjukkan bahawa hak tersebut bukan hanya untuk yang kuat semata-mata ataupun mereka yang mendapat sokongan kuasa-kuasa besar sahaja, sedang mereka yang lemah dinafikan. – Bernama

~ oleh silamgemilang di Mac 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: