APMM Kudat mampu kurangkan pencerobohan

APMM Kudat mampu kurangkan pencerobohan

 

KUDAT 24 Mac – Pembukaan pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Kudat tidak lama lagi mampu mengurangkan pencerobohan nelayan asing di bahagian utara perairan Sabah.

Ketua Penguat Kuasa APMM Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Mohd. Taha Ibrahim berkata, dengan adanya pejabat APMM yang baru itu, operasi pemantauan di perairan di sekitar daerah ini akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

“Perairan Sabah sangat luas dan kita perlu sebuah lagi pejabat di bahagian utara kerana terdedah dengan pencerobohan nelayan asing,” katanya kepada pemberita selepas majlis APMM bersama Komuniti Bestari Pulau Banggi dekat sini semalam.

Beliau berkata, pejabat APMM Kudat itu merupakan yang kelima di negeri ini selepas Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.

Mohd. Taha menyifatkan kewujudan pejabat itu adalah tepat pada masanya sekali gus dapat menambah kekuatan APMM Sabah dan Labuan.

Katanya, selain empat pejabat sedia ada, APMM di negeri ini dilengkapkan dengan kemudahan 15 buah kapal besar dan 10 bot laju.

Sementara itu, beliau mengingatkan nelayan di Sabah supaya mematuhi peraturan Jabatan Perikanan iaitu dengan tidak menangkap ikan di kawasan perairan yang dilarang.

Perbuatan melanggar peraturan itu, katanya, akan mengakibatkan Sabah dan negara ini bakal berhadapan dengan masalah kepupusan sumber ikan untuk jangka masa yang panjang.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan nelayan atau pemilik bot besar supaya tidak mengambil rakyat asing yang tidak mempunyai dokumen atau permit bekerja dengan mereka.

Katanya, perbuatan tersebut jelas menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka oleh pihak bertanggungjawab.

~ oleh silamgemilang di Mac 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: