32 kanak-kanak ditempatkan di tabika lain

32 kanak-kanak ditempatkan di tabika lain

ALOR SETAR 24 Mac – Seramai 32 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (tabika) Kemajuan Masyarakat (Kemas) Taman Rakyat Mergong yang terpaksa belajar di luar kelas sejak Ahad lalu akan ditempatkan buat sementara waktu di Tabika Kemas berhampiran Sime Tyres Mergong di sini mulai esok.

Pengarah Kemas Kedah, Mohd. Adnan Md. Daud berkata, kanak-kanak itu akan belajar di situ sementara proses ubah suai sebuah rumah di Taman Rakyat untuk dijadikan kelas siap.

“Rumah ini terletak di lot tepi dan 300 meter dari kelas lama yang telah diubah suai menjadi surau.

“Namun, pihak Kemas perlu memastikan keadaan rumah tersebut benar-benar selesa sebelum kanak-kanak tersebut ditempatkan di rumah itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, masuk hari ketiga kanak-kanak tersebut terpaksa belajar di kawasan letak kereta dengan beralaskan getah dan berbumbungkan plastik.

Masalah itu bermula setelah kelas mereka diubah suai untuk dijadikan surau dan kelas agama kerana surau di tingkat atas dikatakan tidak lagi dapat menampung pertambahan jemaah terutama menjelang musim perayaan.

Akibatnya, kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa itu terpaksa berpanas di tempat letak kereta demi untuk mendapatkan ilmu.

Dalam pada itu, guru tabika tersebut, Che Gayah Wahab, 42, berkata, hari ini, hanya 24 daripada 32 kanak-kanak yang belajar di Tabika itu hadir.

“Ramai yang enggan hadir kerana tidak selesa belajar di luar dengan hanya beralaskan tikar getah dan berbumbung plastik,’’ katanya.

~ oleh silamgemilang di Mac 25, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: