PEMBELAAN KEPADA SEMUA SUKU KAUM DI PARLIMEN P188 SILAM

dscn6948

Silam,22.Mac.2009-Keunikan masyarakat yang mendiami kawasan Parlimen P188 Silam, hidup berbilang bangsa,agama,budaya dan adat tradisi tersendiri.Keunikan ini memerlukan seorang pemimpin yang rela menghormati dan memahami suku kaum dan budaya di kawasan ini.

Hari ini telah terbukti apabila rakyat dikawasan Parlimen P188 Silam telah memilih seorang pemimpin yang amat menyayangi semua suku kaum agar dapat menikmati kehidupan yang baik,selesa dan layanan yang sama kepada sukukaum yang lain.Jutaan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman Ketua Menteri Sabah yang telah memilih Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi sebagai Ahli Parlimen P188 Silam yang komited,penyayang kepada rakyat,prihatin dan rajin turun padang bagi mengenalpasti masalah-masalah rakyat untuk disenaraikan dalam projek,bantuan,dan keperluan lain yang difikirkan sesuai sehingga dalam sekelip mata YB Silam selalu menghulurkan bantuan kilat kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan P188 Silam.

 

Selain itu juga, YB. Silam telah menghulurkan Bantuan Asas Makanan kepada golongan sasar seperti golongan miskin tegar,miskin,ibu-ibu tunggal,OKU,warga Emas dan lain-lain lagi meliibatkan kawasan Parlimen Silam (Lahad Datu,Kunak dan Tungku).Bantuan ini telah berjalan  sejak tahun lepas lagi,apabila YB Hj Salleh bersama kakitangan Parlimen Silam menghulurkan bantuan terus kepada golongan sasar tanpa mengira sukukaum dan agama.

dscn6952

Baru-baru ini kajian dan soalselidik telah dilakukan dengan menemui masyarakat yang tidak ada rumah,kehidupan terbiar dan tidak pernah mendapat perhatian serius daripada pihak-pihak lain.Kehidupan mereka amat mendukacitakan dan memerlukan simpati orang ramai.Uniknya mereka hanya menjalankan urusniaga di kawasan pasar-pasar dengan menjual ikan kering yang mereka perolehi bagi menampung perbelanjaan seharian.Tetapi sehingga hari ini tidak ada usaha untuk golongan ini untuk diberi bantuan secara spesifikasi bagi membolehkan mereka diletakkan dalam satu senarai khas yang difikirkan perlu bagi menjamin hidup anak-anak dan generasi mereka akan datang.

dscn6946

Keprihatinan dan atas dasar kemanusiaan seorang Pegawai Perhubungan Parlimen P188 Silam bersama Pegawai Koperasi telah mengambil maklumat masyarakat ini agar dibuat kajian dengan terperinci atas dasar kemanusiaan dan simpati di beri bantuan sewajarnya daripada pihak kerajaan supaya mereka dapat menikmati kehidupan seperti orang lain.

~ oleh silamgemilang di Mac 22, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: