GERAI INDAH DAN TERSUSUN TETAPI TIDAK BERPENGHUNI

Kunak.19Mac2009-Gerai yang indah dan tersusun rapi telah siap dibina sejak beberapa tahun yang lalu,namun sehingga kini tidak berpenghuni.Berdasarkan tinjauan penulis blog ke kawasan Gerai yang berhampiran simpang empat kunak dan berdekatan dengan perumahan,amat mendukacitakan dan seolah-olah tidak ada yang bertanggungjawab di atas kewujudannya.

Gerai Misteri....jom kita tinjau

Gerai Misteri....jom kita tinjau

 

 

 

 

 

 

 

 

Setelah sekian lama peniaga-peniaga dekat simpang empat menanti bilakah gerai misteri ini akan dibuka kepada peniaga-peniaga dikawasan Kunak.

sampah sarap bertaburan...siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang tidak bertanggungjawab membuang merata-rata ini

sampah sarap bertaburan...siapa yang bertanggungjawab dan siapa yang tidak bertanggungjawab membuang merata-rata ini

Berdasarkan temu bual dengan beberapa peniaga-peniaga di simpang empat mereka berpendapat gerai yang dibina belum lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan.Persoalannya sampai bila Gerai Misteri ini akan dibuka.

"Peniaga-peniaga bertanya;bila mau diiklankan agar kami dapat berniaga ditempat yang baik dan selesa.

"Peniaga-peniaga bertanya;bila mau diiklankan agar kami dapat berniaga ditempat yang baik dan selesa.

Gerai ini sudah lama tidak di bersihkan sehingga rumput-rumput menutupi sebahagian besar kawasan ini.Yang mendukacitakan ialah apabila jalan menuju ke gerai ini dipenuhi sampah-sarap.Seolah-olah kawasan ini tidak pernah ada pihak yang mengambil berat tentang keindahan dan kebersihan.Penduduk dan orang ramai mengeluh dengan bau sampah yang busuk sehingga mencemarkan udara dikawasan perumahan tersebut.
Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di gerai ni....

Siapakah manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di gerai ni....

Peniaga-peniaga di simpang empat yang saya temuramah berkata;Kami sudah lama berniaga di tepi jalan simpang empat sehingga beberapa kali berpindah.
p3200045
Kami membina sendiri pondok ini,dengan usaha sendiri.Kami sudah lama menanti perhatian pihak kerajaan jika ada gerai yang tersusun dan indah dipandang dikawasan ini,kami sanggup membayar sewa.Kawasan ini adalah strategik laluan bas-bas dari KK ke Tawau atau Semporna dan Kunak.Jika dibina di tempat lain atau dipindahkan dikawasan Gerai Misteri kami akan rugi sebab jauh dari tepi jalan.Begitulah alasan yang diberikan oleh peniaga-peniaga.
Peniaga-peniaga tepi jalan simpang empat ini berharap mereka akan dapat gerai indah dan tersusun agar pelancong yang datang senang hati melihat gerai yang tersusun dan baik dipandang mata

Peniaga-peniaga tepi jalan simpang empat ini berharap mereka akan dapat gerai indah dan tersusun agar pelancong yang datang senang hati melihat gerai yang tersusun dan baik dipandang mata

Kejadian kemalangan maut di simpang empat baru-baru ini menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga yang terpaksa melarikan diri bagi menyelamatkan diri daripa dirempuh lori yang terbabas ke kawasan perniagaan mereka.Kita berharap akan ada pihak yang membuat kajian semula dengan kedudukan gerai mereka dengan dinaiktaraf dan dirancang dengan teliti dan sistematik.
p3200052

~ oleh silamgemilang di Mac 20, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: