YB. HJ. SALLEH MENYERAHKAN PAKAIAN KAKITANGAN PARLIMEN P188 SILAM

Silam,13.Mac.2009-Konsep pakaian kakitangan Parlimen P188 Silam berubah wajah lagi apabila Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF menghadiahkan pakaian kerja operasi yang lengkap dengan baju,topi dan pakaian sukan.Komitmen YB Hj. Salleh untuk menyeragamkan pakaian kakitangan parlimen Silam bagi meletakkan konsep kerja berpasukan sebagai satu budaya dan amalan ketika menjalankan tugas.

YB Hj Salleh menyampaikan pakaian kakitangan Parlimen Silam kepada Ketua Perhubungan Parlimen Silam Chong Su Vun

YB Hj Salleh menyampaikan pakaian kakitangan Parlimen Silam kepada Ketua Perhubungan Parlimen Silam Chong Su Vun

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang Berhormat Hj. Salleh berkata”kakitangan Parlimen Silam perlu bekerja dengan rajin dan tekun dalam menjalankan tugas yang diamanahkan supaya rakyat berpuashati dengan pentadbiran Silam.Saya yakin dan percaya jika kita jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanhkan apa juga tugas yang diberikan kepada kita akan mudah dilaksanakan.

p3131786

Setiap kerja perlu dilaksanakan dengan cepat tanpa menunda atau membuang masa.Sesungguhnya orang-orang yang suka membuang masa itu adalah sebahagian dikalangan orang yang rugi.

p3131782

 

 

 

 

 

 

 

Dalam tempoh tahun ke-2 ini YB Hj. Salleh ingin membawa perubahan dalam aspek Pembangunan Modal Insan secara holistik. Kejayaan dalam pentadbiran tidak akan datang secara sendiri tanpa inisiatif dan perancanganyang berterusan.

p3131783

 

 

 

 

 

 

 

Setahun umur pentadbiran YB Hj. Salleh sebagai Ahli Parlimen Silam telah mencipta sejarah secara tersendiri apabila cadangan Akuakultur di Parlimen Silam telah diwartakan oleh kerajaan malaysia sebagai Zon Akuakultur Negara. Pada tahun ke 2 2009-2010 YB. Hj. salleh ingin mencipta sejarah sekali lagi untuk memperkenalkan dan mempromosikan Silam sebagai pusat pelancongan bukan sahaja di Parlimen Silam malahan di peringkat Sabah,peringkat Nasional malahan di peringkat Dunia kerana Silam kaya dengan sumber hutan,pantai yang indah,air terjun,gua dan lain-lain lagi.

p3131784

 

 

 

 

 

 

 

Setiap kejayaan yang datang akan bermula dari kendiri yang mengamalkan budaya kerja yang berjiwa berdikari untuk terus maju.

p3131785

 

 

 

 

 

 

 

Pentadbiran Parlimen Silam akan meneruskan perjuangan yang belum lagi selesai dengan halatuju baru.Perpaduan sukukaum yang berbilang bangsa perlu dijadikan agenda utama bagi memastikan tidak ada rakyat yang berpuak-puak.Kita hendak mempastikan rakyat mengamalkan budaya hormat-menghormati antara satu dengan yang lain agar pembangunan RM60Billion mudah dan cepat mencapai sasarannya.

 

 

 

 

 

~ oleh silamgemilang di Mac 13, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: