TEKUN NASIONAL

PENDAHULUAN

tekun

     TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

      Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

      Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional akan menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.

SYARAT SYARAT PEMBIAYAAN

Pembiayaan TEKUN

Konsep Pembiayaan TEKUN
Pembiayaan TEKUN adalah pembiayaan secara mudah.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM 500.00 sehingga RM 50,000.00.

Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah antara 1 bulan hingga 5 tahun.

Cara Bayaran Balik
Para usahawan / peminjam boleh membuat bayaran balik pinjaman kepada TEKUN menerusi kaedah yang disediakan.

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak 4%.

 

Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera dan berumur 18 – 65 tahun.
  2. Mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  3. Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah ( Pembiayaan di bawah RM5,000.00 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ] ).
  4. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam  perniagaan. ( Pembiayaan sehingga RM10,000.00 boleh dipertimbangkan  bagi pemohon yang berniaga secara sambilan ).
  6. Pembiayaan perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 50,000.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Permohonan JPP2 yang lengkap diisi.
  2. Gambar pemohon ukuran pasport ( 2 keping).
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan.
  4. Salinan lesen / permit / pendaftaran perniagaan yang sah.
  5. Gambar premis / tempat perniagaan ( jika perlu ).
  6. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  7. Salinan buku simpanan / penyata bank ( jika perlu ).
  8. Salinan salah satu bil utiliti bagi premis/ rumah. Salinan perjanjian sewa/ surat kebenaran penyewaan premis ( Sekiranya premis disewa )..

BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT CAWANGAN TEKUN YANG BERDEKATAN DENGAN KEDIAMAN / PREMIS / LOKASI PERNIAGAAN.

Bidang-bidang Perniagaan
Bidang-bidang perniagaan / usaha niaga yang boleh diceburi oleh para usahawan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan
  • Pelancongan / Rekreasi
  • Pemborongan
  • Pembinaan
  • Penternakan dan Akuakultur
  • Pertanian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Peruncitan & Perdagangan
  • Pembuatan

PROSES PERMOHONAN & KELULUSAN PEMBIAYAAN

Permohonan diproses dan disahkan oleh cawangan dihantar terus ke Ibu Pejabat untuk kelulusan
Bagi permohonan dari Skim Rakan Niaga, boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat atau cawangan untuk kelulusan.
Permohonan dibuat dan diproses secara online.

Proses Kelulusan 14 hari bekerja

Peminjam di antara 18 hingga 65 tahun
Semua pembiayaan tidak memerlukan penjamin
Caj 4% setahun bagi semua pembiayaan.
Lebih daripada seorang dalam satu isi rumah boleh mendapat pembiayaan dengan syarat berlainan jenis perniagaan.
Pemohon yang mempunyai pembiayaan sedia ada dengan agensi kerajaan/institusi kewangan lain yang melebihi RM50,000 adalah tidak layak.
Permohonan pembiayaan ulangan tidak perlu mengisi borang dan hanya mengemukakan daftar perniagaan yang terkini serta sebut harga dan gambar premis sahaja
Pembiayaan di bawah RM5,000 tidak perlu mengemukakan daftar perniagaan, kecuali yang berniaga di kawasan PBT yang memerlukan permit.
Pembiayaan di bawah RM5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan.
Setiap permohonan tidak memerlukan semakan kredit.

 

 

~ oleh silamgemilang di Mac 1, 2009.

4 Respons to “TEKUN NASIONAL”

  1. akom… sy joe dr subang, sy ingin tahu sy br najk buat pinjaman tekun ni tp byk sgt masalah nye….sy mengguna kan ketua pemuda umno. sy dah hantar borang sy dahnak dekat 2bln sy tgu tp tak ada guk dgr cite…..
    sy bak tahu, synak buat pinjaman dlm 30k shj…. sy ingin membuke oerniagaan dlm bidang pertanian penanaman cili secara fertegasi….. TOLONG SY MCMANA NAK BUAT PINJAMAN TEKUN NI.>?

  2. Salam… Saya dari JB. Nak tanyalah berapa lama nak tunggu pinjaman ni.Saya sudah memohon dari awal tahun,dah tunggu empat bulan tapi tak ada apa2 cerita. Masalahnya janjinya senang urusan. Saya memerlukan modal untuk berniaga.TOLONG BERI MAKLUM BALAS.

  3. di mana cawagan tekun daerah johor bahru

  4. Salam

    Tuan saya bercadang untuk membeli sebuah lori untuk perniagaan pengankutan ..adakah saya layak untuk membuat pinjaman ini

    Segala nasihat tuan amatlah saya hargai

    tq

    Faizal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: