SELAMAT DATANG KE PARLIMEN P188 SILAM (KUNAK,TUNGKU DAN LAHAD DATU.SABAH. MALAYSIA

12.02.2009-Ahli Parlimen P188 SilamYB. Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Duta Keamanan PBB dan Kolenel Kehormat Rela,Kementerian Dalam Negeri mengucapkan Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

pak-lah1

tpm-malaysia

small-musa-aman

p188-silam

Minimumkan kesan gawat ekonomi global

KELEMBAPAN ekonomi global sejak suku terakhir tahun lalu dikatakan lebih tenat berbanding sekitar akhir 1990-an.

Eksport Malaysia terutama dalam industri elektronik kini muram apabila Amerika Syarikat sendiri dibelenggu krisis kewangan akibat kejatuhan nilai dolar, saham dan harga minyak.

Menyedari hakikat itu, semua pihak perlu mengambil peranan dalam meminimumkan kesan kegawatan ekonomi terhadap rakyat negara ini.

Pertama, kecekapan agensi pelaksana dan kakitangan awam yang berperanan menguruskan hal berkaitan kewangan perlu dipertingkatkan.

Ini penting agar agihan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM7 bilion sebelum ini disusuli dengan RM10 bilion nanti dapat disegerakan bagi menyemarakkan kerancakan ekonomi negara.

Kemelesetan ekonomi hari ini juga menuntut kita agar tidak terlalu bergantung kepada barangan import termasuklah hasil pertanian.

rakyat sepakat membawa berkat

rakyat sepakat membawa berkat

Usaha menjana keupayaan pengeluaran hasil tani sendiri dan mengutamakan barangan buatan tempatan perlu bagi mengawal ketirisan aliran keluar wang ke negara asing.

Dalam masa yang sama, kebergantungan berterusan kepada 2.3 juta pekerja asing tidak termasuk mereka yang bekerja secara haram juga adalah keadaan tidak sihat dalam suasana runcing ekonomi sekarang.

Peluang kerja untuk anak watan perlu lebih banyak diwujudkan. Mereka tidak harus menganggur apatah lagi diberhentikan kerja walaupun tidak dinafikan syarikat terpaksa melakukan penjimatan kos operasi.

Oleh itu, latihan kemahiran secara bertahap perlu dilakukan sebagai nilai tambah agar pekerja tempatan tidak sama tarafnya dengan pekerja asing.

Modal insan puluhan ribu graduan yang tamat pengajian setiap tahun juga tidak harus diabaikan begitu sahaja.

Usaha Kementerian Sumber Manusia mengadakan Hari Pemadanan Pekerjaan setiap dua minggu di seluruh negara bermula Mac depan adalah langkah yang patut dicontohi dan wajar diteruskan selepas ini bukan ketika ekonomi meleset sahaja.

Oleh itu, pihak majikan tidaklah sewenang-wenangnya lagi memberi alasan kononnya pekerja tempatan cerewet dalam memilih kerja.

Mereka sebenarnya boleh menggantikan tempat pekerja asing asalkan kebajikan dan kadar gaji tidak terlalu rendah.

Bancian oleh Utusan Online bagi tempoh 22 hingga 26 Januari misalnya menunjukkan 60 peratus iaitu 4,040 daripada 6,735 jumlah undi bersetuju bahawa rakyat Malaysia bersedia bekerja di sektor pembuatan dan perkhidmatan jika semua pekerja asing di hantar pulang. (Utusan Malaysia, 28 Januari 2009, muka 18).

Apa yang jelas, kesan ekonomi dunia yang sedang tenat kini dapat diminimumkan jika semua pihak segera bertindak mengambil langkah yang sewajarnya agar masa depan segenap lapisan rakyat di negara ini terpelihara.

~ oleh silamgemilang di Februari 12, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: