PENIAGA MERUNGUT SEWA TINGGI DAN TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH DIKUNCI

PENIAGA MERUNGUT DENGAN KADAR SEWA RUANG MAKAN MINUM YANG TERLALU TINGGI

PENIAGA MENGADU KEPADA YB SILAM, SEWA PASAR KAT SRI PERDANA TERLALU TINGGI

PENIAGA MENGADU KEPADA YB SILAM, SEWA PASAR KAT SRI PERDANA TERLALU TINGGI

Peniaga yang menyewa ruang makan dan minum dikawasan pasar baru Sri Perdana Lahad Datu merungut dan tidak puashati
dengan kadar bayaran sewa bulanan yang terlalu tinggi RM600.00 keatas.Sewa ini akan naik lagi jika peniaga mempunyai
peti sejuk dan lain-lain lagi.

Semasa YB Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi bertanya khabar dengan peniaga-peniaga dikawasan Sri Perdana, peniaga memohon
jasa baik YB. Silam agar dapat membantu mereka yang rugi dalam menjalankan perniagaan kerana sewa yang dikenakan terlalu tinggi.
Tambahan lagi dikawasan ini baru buka pengunjung pun tidak berapa ramai, mungkin tempat atau kawasan ini terlalu jauh dari bandar.

Peniaga juga berkata”kelembapan ekonomi dunia yang melanda di semua negara sepatutnya tuan punya pasar ini menurunkan kadar sewa
agar peniaga-peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan baik. Kalau sebelum ini,ramai peniaga-peniaga yang menyewa
ruang dibahagian atas pasar, namun sekarang hanya tinggal 2 dan 3 sahaja yang dapat bertahan walaupun mereka berniaga menanggung kerugian.

YB.Tuan Haji Salleh Haji Kalbi telah mengarahkan pegawai pentadbiran Parlimen P188 Silam agar dapat berbincang dengan pihak syarikat bagi menurunkan
kadar sewa yang terlalu tinggi tambahan pula kawasan ini terlalu jauh dari kawasan bandar dan masih kurang orang lagi.

Peniaga dibahagian sayur-sayuran,buah-buahan,menjual ikan juga memohon bantuan YB. silam agar kadar sewa yang terlalu tinggi lebih kurang RM160.00 sebulan
dapat diturunkan kerana membebankan peniaga-peniaga tambahan pula kurang pembeli kerana kawasan terlalu jauh dari pusat membeli-belah dikawasan bandar.

TEMPAT MEMBUANG SAMPAH BERKUNCI-TONG SAMPAH DILETAK DILUAR

YB. SILAM MENINJAU TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH YNG DIKUNCI..PENIAGA DAN ORANG AWAM KECEWA PIHAK SYARIKAT TIDAK JAGA KEBERSIHAN

YB. SILAM MENINJAU TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH YNG DIKUNCI..PENIAGA DAN ORANG AWAM KECEWA PIHAK SYARIKAT TIDAK JAGA KEBERSIHAN

Semasa YB. Silam bermesra dengan peniaga-peniaga dikawasan Sri Perdana, kelihatan kawasan pembuangan sampah masih dikunci dan sampah hanya diletakkan diluar
kawasan letak sampah.Keadaan ini menyebabkan udara dikawasan kedai-kedai tidak selesa dengan bau yang terlalu busuk. Peniaga-peniaga amat kesal dengan pihak
tertentu yang tidak membuka tempat pembuangan sampah.

YB. Silam menggesa kepada pihak yang bertanggungjawab agar dapat membuka dan tidak kunci tempat pembuangan sampah.Jika keadaan ini berlarutan dan tidak ditangani
sudah pasti pencemaran udara akan berlaku dan keindahan kawasan sri perdana akan tercemar dan orang ramai tidak akan datang berkunjung kerana bau busuk yang
terlalu jijik dipandang.

~ oleh silamgemilang di Januari 28, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: